Tuesday, February 16, 2010

Put da 1st Thing At da 1st Place....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang…

Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana masih lagi memberikan aku ruang dan peluang untuk bernafas diatas muka bumiNya ini…sape r aku nh..xde ape pown..totally zero..tp keranaMU Ya Allah aku dalam keadaan ape yg aku miliki sekarang walaupon x sehebat mne nmun aku syukur padaMu (^_^)..

Blom terlambat lg kowt nk wish slmat bercuti kt mmbr2 kt UKM terchinta..hope cuti nh kita dpt meluangkan masa yang lebih effective dan effisien bersama family kita insyAllah..namun lain bagiku kerana cuti nh lah berat aku akan bertambah2 dgn terbaeknye….coz kt umah nh mkn sdp aje…mmg aku yakin lagi pasti, masakan ibu adalah yang TERBAEK dari ladang..hahaha..luv u mum~

Namun semenjak2 nh aku sering dihujani dengan soalan yang agk cepukmas…persoalan yang sering dikemukakan tym kt sekolah menengah lagi… “ ko xde awek ke??or ko xde spesel ke??”..huhu…sampai kan semalam lepas aku habis mesin rumput,adik saudaraku bertanya 'abg harith xde makwe ke??hik2.."soalnye smbil duduk2 bawah pokok rambutan..aik bdk nh br darjah 3 pon tau dah..adeyh..mungkin bg korang sume, standard la soklan cam2..rse nye dlu tym awal2 je diowg tnye soklan nh..alik2 minggu nh ttbe makin byk yg bertanye..poning den! Sering kali aku menjawab persoalan tu, mesti diowg ckp aku menipu…aku ckp aku single die x cye coz mke ade dah(dunia2!),tym aku ckp aku nh playboy lg diowg x cye coz mke cam baek(baek ke??)..akhirnye aku jwb cmnh je “stdy dlu,belum sampai seru ag,duit xde bro!”..nk jage ati mmbr nye pasal…xpe la..tp kadang2 aku terfikir kapel maple nh mcm dh tahap satu bnde yang wajib pulak untuk remaja2 skrang..klo x kapel cam dose besar plak!hmm….suatu budaya yang satu masa dulu ciput2 je ade..tym makpak aku dlu..nyanyi2 bwh pokok pisang cam cite p.ramlee tu..tp tu sume boleh kire ngan jari je..tp boleh dikatakan majority remaja skrang sume berkapel…bkn takat nyanyi2 je, siap bwk msok hotel ag,tu ape yg aku bace kt metro smlm,dak ipta lak tu…ape kes bro!

Valentine nh aku tgok cam ‘hari raye’ utk psgn kekasih untuk ‘berbuke’ bersama org yg tersayang..bg munge ros sekuntum, settle!easy as pie!..mggu nh juga byk berita pasal buang bayi..ade yang mati sebab bkn tym dilahirkan tp kne gigit semut..perh!sdey gle..xnk bagi la org laen yg nk..xyah r buang2 cam sampah.ish nh gua hangin nh!buat tau,jage xtau..Allah bg akal fikiran tp dimana mereka letak??disini??(ttbe tringat fendi tunjuk kaki die tym bagi speech kt pusanika..hahaha)..ape2 pon bkn aku xnk bekapel..juz aku nh manusia shbt2..ade perasan menyayangi dan ingin disayangi..tp better salurkan pada yg berhak dan lebih utama…klo dh xtahan sgt,kawen tros..huhu(Faizal ske r bnde2 nh..haha)..aku cuma manusia biasa,lemah dengan godaan hawa nafsu(makan!)..ape yang pasti shbt2 mencegah lebih baek dari mengubati…sbr2 la ye…ade rezeki ade la…. “put the first thing at the first place”….fikir2kan shbt2 sekalian…maaf kalau bhase yg digunakan agak kasar..sekadar coretan peringatan untuk diriku dan korang…dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali…wallahualam..

"Allah SWT. berfirman, " Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku." (Hadits Qudsi)"

“Sesungguhnya kepala (seorang laki-laki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik
daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” [Hadis Riwayat At-Tabrani
dan Baihaqi]


maths is wonderfull!!!!!


agree myfrenz??..joking2..tencen stdy(^_^)

Saturday, February 6, 2010

Tidurlah Kalau Nak Cantik!


Tolong jawab, siapa yang tidak suka tidur? Tidur memang dikaitkan dengan malas dan tidak produktif. Malah tidur yang melampau akan memudaratkan. Tetapi jika tidur cukup, tentulah tidak salah dan tubuh pasti lebih fit.

Tidur sama pentingnya dengan air dan makanan tetapi ada orang anggap tidur ini amalan remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda. Tidak percaya? Ketika tidur, tubuh bekerja keras memperbaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi ruang memori dengan pelbagai perkara yang anda alami dan pelajari. Tidur yang dimaksudkan ini adalah tidur yang berkualiti. Ada beberapa persoalan mengenai tidur yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur bagi organ-organ penting manusia? Benarkah tidur yang terlampau akan membuat anda gemuk? Atau sebaliknya kurang tidur boleh menyebabkan anda obesiti?


Kulit

Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan kecantikan, antaranya untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus. Kerana itu jangan hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas antara kulit orang yang cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Sementara yang cukup tidur nampak lebih segar.

Mata
Mata adalah sensor pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi hari, ia akan mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih, gembira, berkerut, ketawa semuanya melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot itu punya waktu istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi sesetengah orang, cahaya mempengaruhi cepat atau lambatnya seseorang tidur di samping keselesaan. Ada yang tidur dengan suasana lampu dipasang dan ada juga yang tidur dalam keadaan gelap.

Paru-paru
Sama ada dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru. Apabila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil kajian Dr. Olga Parra dari Universiti Hospital Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan angin ahmar. Ini kerana adanya gangguan berkala ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan pada malam hari sehingga membawa kepada tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

JOM TIDOQQQ!!ZZZZZzzzz~ (^_^)

Friday, February 5, 2010

February=Valentine=xyah buat!!


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?
Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.


bErANi SeTeLaH gAgAL...



Dalam hidup ini, siapa yang tidak pernah gagal walaupun sekali atau sekecil-kecil kegagalan?.. Rasanya semua pernah mengalami kegagalan… yang membezakannya hanyalah sebesar mana kegagalan yang kita alami itu.

.. ada yang mengatakan hidup harus berani untuk gagal. Adakah ini bermakna hidup tidak dapat dipisahkan daripada kegagalan? Jika saya ditanya, memang saya akui. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap hari aku berhadapan dengan kegagalan. Gagal tidur atau bangun mengikut waktu sepatutnya. Gagal menepati janji terutamanya waktu yang telah ditetapkan.. gagal menunaikan ibadah..dan macam-macam kegagalan lagi..

..kadang aku memang sedar akan kegagalan itu, cuma mungkin sudah menjadi tabiat aku dan kelemahan aku, semua itu sukar untuk dielakkan.. tapi ini bukan bermakna aku menyalahkan takdir yang telah menetapkan kegagalan itu.. yang aku tahu, memang ia daripada kealpaan sendiri.. dan itu tidak akan berubah selagi aku tidak mengubahnya sendiri..

Satu yang aku selalu tertanya-tanya, benarkah kegagalan akan memberikan kesedaran dan kekuatan kepada kita? Jawapannya ada pada diri masing-masing.. terpulanglah kepada kita sendiri bagaimana kita menghadapi situasi kegagalan itu.. Jika kita ambil perkara positif daripadanya, maka kegagalan hari ini akan jadi pendorong kepada kita di masa hadapan.. tetapi jika kita semakin lemah akibat kegagalan itu, maka untuk membina hidup yang lebih baik pada masa akan datang hanya tinggal harapan..

..apa yang penting.. hidup mestilah lebih berani walaupun setelah kita gagal.. jadikan kegagalan hari ini sebagai pengajaran dan pengalaman yang berguna supaya kita tidak mengulangi kegagalan besok hari..

Hanya sekadar coretan(^_^)...wallahualam

Tuesday, February 2, 2010

aKu PeRLuKaN kEKuAtAn....

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.
Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates