Wednesday, July 29, 2009

MAHASISWA DAN ISA

Salam pembuka bicara,syukur diatas nikmat iman dan islam yang diberikan kepada kita dariNya. Selawat dan salam kepada rasul junjungan,Muhammad S.A.W. Tanpa insan yg bernama Muhammad ini,kita tidak akan memperoleh nikmat islam pada ketika ini.

Usai solat subuh, pena keyboard ini seakan meronta2 untuk ditekan mencoretkan apa yang bermain difikiran saya,yang membuatkan saya lebih memikirkan masa hadapan dan melupakan sejenak tutorial math dan assgmnt bahan kejuruteraan. Perkara yang bermain di benak fikiranku ini adalah tentang ISA,bukan Isa Samad atau Isa sabu atau sape2 yang bernama Isa tetapi Internal Security Act(ISA) suatu akta untuk yang digunakan untuk menjamin keselamatan Negara(wallahulam la...).

Menurut akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Kebanyakan penghuni ISA ini adalah dikalangan aktivis politik,aktivis buruh, pemimpin pelajar dan golongan agama. Namun apa yang ingin saya perkatakan disini adalah keberkesanan ISA itu sendiri sehinggakan pada ketika ini timbul isu memperlihatkan kezaliman ISA itu sendiri. Bukankah ISA ini ditubuhkan untuk menjaga keselamatan Negara atau menjaga keselamatan menteri??Allah maha mengetahui.

Bukan ISA itu yang ingin saya bincangkan, tetapi peranan mahasiswa untuk mendepani isu yang ini. Mahasiswa bukanlah pelajar sekolah yang semudahnya diperkotak katik kan. Ingin saya tekankan disini bahawa mahasiswa merupakan aset Negara dan pemacu pembangunan negara pada masa hadapan. Mahasiswa juga golongan yang boleh menjatuhkan kerajaan dan memerintah jika AUKU dimansuhkan.am i right??? Namun sejauh mana mahasiswa peka terhadap isu ini. Mahasiswa sekarang kini hanya terlalu focus kepada permasalahan dikalangan mereka sahaja(bila jpa or ptptn nk msok nh??...exammm!!!pointer!!!arghh!!). Dimanakah suara mahasiswa kala ini pabila membincangkan isu masyarakat seperti ISA ini??tepuk dada tnye iman. Saya tertarik dengan kata2 pengerusi lajnah tarbiyah dan kepimpinan ISIUKM, ustz azizan yang menyatakan mahasiswa seharusnya tidak hanya berada dalam permasalahan mahasiswa sahaja tetapi mahasiswa harus berani untuk berpencak dalam permasalahan masyarakat atau rakyat ketika ini. Seharusnya suara dan idea mahasiswa kini tidak dipandang enteng oleh mne2 pihak.

Kita tidak merasai penderitaan, kejerihan dan pengorbanan isteri dan anak2 mereka kerana tidak kena pada diri kita. Namun adakah itu menjadi tiket untuk kita terus berdiam diri dan ditindas dengan diberi segala kemewahan dan terus diam? Tidak mustahil ia akan berlaku pada diri kita suatu hari nanti. Bayangkan rumah anda diserbu dan digeledah oleh pasukan bersenjata dan anda diheret secara kasar kedalam trak dan dimaklumkan anda mengancam keselamatan Negara. Dalam benak anda “apa salah aku smpai mengancam keselamatan??” Saya tidak bersetuju dgn kenyataan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India, P Muguntha yang berkata"Tidak guna kita terlalu fokus untuk memansuhkan ISA kerana bukan semua 27 juta penduduk Malaysia menjadi tahanan mengikut akta itu," katanya. Dei macha!!mmg la...kalau ko yang kene mcm mne..family ko ke??ade ko pikir pasal 27 juta org Malaysia tym tu??masalah nyer rmai owg melayu dan islam ditahan..sengal tol!

Akhir kalam, saya ingin memetik ungkapan Prof Diraja Ungku Aziz “biar mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar”. Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak maju tanpa pemimpin.

Dari mahasiswa kepada mahasiswa..wallahualam...





Tuesday, July 7, 2009

KERIS 0'9

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates