Sunday, December 27, 2009

da War iS bEgIn....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Alhamdulillah syukur pd Allah yang masih menyambung kontrak nyawa kami untuk meneruskan misi dan visi sebagai khalifah untuk menjadikan islam sebagai addeen di muka bumi ukm ini.. Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat kembali di perbukitan ilmu ini…bersyukur pdNya kerana mmberikan kami penggerak2 GMUKM FKAB kekuatan untuk dlm kempen khamis lepas selari dgn HARI UNGU yg diadakan....kami hanya melakukan kerja kami ikhlas kerana Allah s.w.t…terima kasih atas sokongan yang diterima..semoga sokongan anda itu dpt lagi menguatkan kami…syukran kpd pengerak2 GMUKM, MPP Afandi Abd Rahman dan MPP Sazliana kerna hadir memberikan sokongan..terima kasih juga pada warga FKAB yang byk memberikan sokongan pd kami..cayalah!!!!..semoga apa yg kita dilakukan akan dikira sebagai satu kebaikan di akhirat kelak insyallah..yakinlah sahabat2, jangan kita berpaling lagi…Allah oways wif us!

“BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN”




Sunday, December 13, 2009

Be Like An Orange



"The example of a BELIEVER, who recites the Qur'an and acts on it, is like an orange (utrujjah) which tastes nice and smells nice.


And the example of the BELIEVER who DOES NOT recite the Qur'an but acts on it is like a date that tastes sweet but has no smell.


And the example of the HYPOCRITE who recites the Quran is like a sweet basil which smells good but tastes bitter.


And the example of a HYPOCRITE who does not recite the Qur'an is like a colocynth (bitter apple) which tastes bitter and has a bad smell."

[Sahih Bukhari and Sahih Muslim].

Commentary: This Hadith tells us that a believer who recites the Qur'an and acts upon it, Allah will grant him a high rank. He is loved by Allah and also enjoys public esteem. The believer who does not recite it but acts upon its teachings is also loved by Allah and people. The hypocrite who recites the Qur'an to have a good show has an evil and dark mind. Last of all comes that hypocrite who does not recite the Qur'an and has a dark mind and appearance.


Source: Riyadhus-Soliheen by Imam an-Nawawi

Wednesday, December 9, 2009

Saye suke tomato!


Tetiba jemari ini ingin mencoret kan sesuatu selepas makan mlm bersama familyku…dan perkara yang ingin ditulis agk pelik..iaitu pasal TOMATO..knpe sye suke tomato??knpe sye suke tomato!!!(pehal aku nh!)…sbnarnyer aku br lpas mkn tomato tym dinner td..mmg favorite poit!..buah yg diketegorikan sebagai sayoq ini melimpah dgn khasiat penting yg mungkin diketahui atau tidak..disini aku akan berkongsi sedikit tentang sayoq favorite den nh ha..

Bende-bende yang terdapat dalam tomato:

LIKOPENA => yang memberikan warna merah pada tomato. Semakin merah tomato semakin byk kandungan likopena(hipotesis lak!). likopena ialah sejenis antioksidan yg sgt berkuasa yg didapati boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.oleh itu spe2 yang byk smoking tu,byk2 la mkn tomato ye(terase jap..)

VITAMIN C => bertindak sebagai antioksidan yg boleh menurukan tekanan darah(P=pgh..dalam equation nh kalau density, p gula turun,maka P akan turun juga kerana P berkadar langsung dengan density, p..btol la kowt..) dan menurunkan paras kolestrol. Bende Allah nh juga mmbantu mmbentuk tisu penghubung,mnjaga kesihatan kapilari dan gusi.

VITAMIN A => membantu dalam pembentukan kulit, rambut dan membrane yang sihat. Ia juga membantu dalam kesihatan mata,pembentukan tulang dan gigi serta reproduksi(hehe..penting2!)

VITAMIN K => dapat mengekalkan pembekuan darah yang dapat membantu menghalang pendarahan terutama yang sukar dikawal.

POTASIUM=> mineral penting yang membantu melancarkan tekanan darah dan kontraksi otot. Ia juga dapat mengurangkan risiko pembentukan batu karang di dalam buah pinggang dan risiko kehilangan ketumpatan tulang(p=m/V)

FIBER DIET=> bahagian tomato yang tidak boleh hadam boleh membantu mengurangkan masalah sembelit(sesuai spe yg kuat minom tea tarik ea..)

Selain daripada itu, tomato juga mempunyai khasiat2 nyer..

BAIK UNTUK KENCING MANIS

Kandungan karbihidrat dlm tomato sgt rendah dan sgt baik utk pesakit diabetes. Tomato juga dikatakan sgt berkesan dalam mengawal peratusan gula dalam air kencing pesakit diabetes.


BAIK UNTUK MATA

Baik utk kesihatan mata terutama yg rabun malam dan rabun jauh serta penyakit2 mata yang lain(tp aku pkai spec gak..kompuis!)daun tomato pula berguna utk merawat saraf optic dan lemah mata.


BAIK UNTUK OBESITI

Yang nh kompem korang suke especially perempuan..hihihi..cara nya adalah dgn mkn 1 atau 2 biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama dua bulan.ia dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan...lpas nh kompem tomato abis kt café or pasar..huhu


BAIK UNTUK GANGGUAN USUS DAN HATI

Caranya minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dgn secubit garam dan lada sulah dan diminum awal pagi. Petua berkesan untuk kurangkan mabuk wanita mengandung(ooo….),merawat masalah berkaitan hempedu dan hati, merawat masalahpenghadaman,angin dalam usus dan sembelit.


BAGUS UNTUK IBU YANG MENYUSU

Memakan produk yang berasaskan tomato boleh meningkatkan kandungan likopena dalam susu ibu dan secara langsung ia baik untuk kesihatan baby itu sendiri.



oleh itu sahabat2 sekalian, marilah kita makan tomato…kalau nk tgok article yang sebenar boleh la tgok kat majalah ANIS page 112…selamat mencuba!

“kepadanya kita datang, kepadanya kita kembali”

Wallahualam……….

Tuesday, December 1, 2009

berjalan2 carik pasal ilmu...


Alhamdulillah..syukur pd Allah swt kerana masih mmberikan aku kesempatan dan ruang untuk bernafas…tanpeNya spe la aku nh…nothing!!!....lme juga x update blog nh..mgkin disebabkan ke‘busy’anku atau mungkin penyakit yg sukar disingkirkan “MALAS”…tp kerana “MALAS” itu juga mmbawa diriku ke melaka..ya melaka..sebuah tempat yang diberi nama Baitul Qura’..aku sebenarnya pertama kali mendengar namanya pabila salah seorang sahabatku mengajakku untuk mengikuti daurah disana..tmpat ape nh??tp mungkin Allah maha kuasa..lps solat jumaat aku menyatakan kesediaanku untuk join diowg..padahal “MALAS” masih lagi menyelubungi diri ini..kalau ikutkan hati,nk balik rumah je..tp xtau r Allah permudahkan segala nya..ttbe rse nk pergi sne…rse excited lak..pdhal setan”MALAS” punyer r byk dalam badan nh…huhu

Orang kata kalau nk buat bende baik Allah permudahkan..perjalanan kami ke sne dr seremban berjalan lancar je..xde msalah..masalah duit r ckit..ye r kan dah abis sem..huhu..bli hp br ag(nk citer gak tu)..tp disebabkan juniorku ATA dh dpt jpa,phm2 r….huhu..dan pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi Baitul Qura’ rse cam besh n tenang je..tempat yg diberkati dan sentiasa dalam lindungan Allah..amin..berkenalan dengan pelajar pondok sgt mnyeronokkan..kadang2 msok air gak diowg nh…dan disini br aku mngetahui spe diri aku yang sebenar…betapa jahil diri ini ttng ilmu2 yang diajar…bende2 yang agak basic..tp Allah maha penyayang memeberikanku peluang untuk belajar dan memperbaiki kesilapan yang pernah aku lakukan…hampir 4 kitab juga dikatamkan..mugkin tidak semua yang difahami tp sedikit lme2 jd bukit..insyallah segala ilmu yang dipelajari diingati dan dipraktikkan..semoga Allah permudahkan…dan sblom raye haji aku berangkat pulang bersama rakan2ku..dan aku pasti aku akan kembali lagi..insyallah..sekadar coretan menghilangkan kekusutan dan keboringan dkt kepala nh..wallahualam















Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates