Saturday, May 5, 2012

Tentang Hidup



Pernahkah anda semua berfikir atau mengimbau tentang persoalan tentang hidup; seperti hidup ini sebenarnya apa? Kita semua sedar akan hakikat bahawa semua benda atau perkara dalam dunia ini kena fikir. Malah ada di antara kita yang berfikir lebih extrem dengan menganggap bahawa semua benda itu payah, semua hal itu menyusahkan. Tapi pernahkah kita semua berfikir dengan akal fikiran yang sihat mengapa hidup ini kena begitu?

Kita semua sedia maklum, hidup ini adalah satu tanggungjawab yang amat besar. Semua ada sebabnya dan ada akibat daripadanya. Kalau hendak dipermudahkan dari segi bahasa, jelas sebab, jelaslah akibatnya.

Namun, cara yang terbaik untuk menempuh hidup dalam keadaan seperti ini, kita lebih memilih untuk memilih akibat melalui sebab.

Kita tidak boleh gembira setiap masa. Ada masa kita pasti akan bersedih juga. Kalau kita tidak pernah berasa sedih, tidak ada nikmatlah kita hendak merasakan erti sebenarnya sesebuah kegembiraan. Kalau daripada sedih kita hendak gembira, adalah caranya. Ingat Tuhan kita, Allah SWT sebagai satu contoh yang utama. Apabila kita gembira setiap masa, kebarangkalian lupa Allah SWT itu tinggi.



Malah kita juga sudah dikira menzalimi diri kita sendiri. Dan dengan sebab hendak gembira setiap masa itulah, kita tidak pernah rasa erti sebenar gembira. Sebab macam yang saya kata tadi; hanya yang bersedih sahaja yang tahu erti seronoknya gembira. Tidak semua yang kita hajati itu kita akan perolehi kerana Allah lebih tahu apa yang TERBAIK untuk diri kita. Cumanya hanya SABAR. Ya sabar! memang sukar tapi perlu dilakukan.

Kita ambil apa yang ada untuk diri kita. Itulah maksud sebenarnya hidup. Itu maksud tanggungjawab. Apa yang larat kita tanggung dan apa yang larat untuk kita jawab. Kalau kita mahu lebih daripada kemampuan, kita pasti akan tewas sebelum sampai ke garisan penamat. Kalau kita cuma ambil sedikit daripada apa yang sepatutnya kita tanggung, takut nanti tidak cukup pula apabila kita kena jawab.

Hidup di sini hanyalah sementara. Seronok macam mana pun hakikatnya hanya sekejap sahaja. Kehidupan kita di sana nantilah yang sudah jelasnya kekal abadi. Dunia ini hanya penjara bagi orang mukmin.

APALAH SANGAT DENGAN SEDIKIT KESABARAN PADA DIRI JIKA HENDA DIBANDINGKAN DENGAN KESABARAN ALLAH KEPADA SEGALA DOSA-DOSA YANG TELAH KITA LAKUKAN

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates