Tuesday, March 27, 2012

Hidup untuk Hidup der!





 


Kata bijak pandai, kehidupan umpama satu pelayaran. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Oleh sebab itu bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera akan terolang-aleng lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Kita tidak akan gusar betapapun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya.



Maka begitulah dalam menghadapi ujian hidup… kita tidak akan bimbang sekiranya iman di hati tetap mantap. Diri tidak akan hilang kawalan. Kita akan terus menghadapi segalanya dengan penuh keyakinan. Berpegang kepada prinsip:



Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

 Dengan iman, kita punya keberanian – hidup selagi hidup! Jika tidak, kita akan menjadi umpama bangkai bernyawa, yang hidup segan, mati tak mahu. Tanpa iman, kita menjadi pengecut – menjadi orang yang berani mati kerana takut hidup...kalau korang rasa tak betul jangan baca blog aku! :p

Wednesday, March 14, 2012

Bila berbicara mengenai usaha mendapatkan hidayah dan jodoh..


Hidayah itu milik mutlak dari Allah swt. Tiada satu mahluk pun mampu untuk memberikan hidayah kepada hamba-hambaNya. Tetapi hairan, ramai diantara kita sanggup berusaha keras, bekerja 24 jam sehari semata-mata untuk "tackle" manusia yang kita cintai. Pelbagai kata-kata puitis "tidak sabar menunggu kamu dihatiku.." didendangkan, malah duit pun sanggup dikorbankan, asalkan "dapat" menawan hati itu.

Dan berbeza pula dengan suasana sekarang, perkataan "hidayah" amat sukar didengari. Bila sebut sahaja soal hidayah, majoriti manusia akan berkata "aku tengah tunggu hidayah ni.. tak sampai lagi kat dalam hati.."
Sedangkan, hakikat hidayah itu perlu usaha dari setiap individu, bukannya datang jatuh ke riba.

Sekadar renungan..

#Alangkah indahnya sekiranya ayat-ayat rindu kepada manusia ditukar rindu kepada Pemilik hati-hati manusia. 

Sekadar coretan di pagi hari  =)


Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates