Tuesday, October 26, 2010

Mari Mendaki Gunung Engineering




"Kassim, bagaimana exam haritu. Ada baik?" Tanya Prof Harizz kepada Kassim ketika berjumpa dibiliknya...
"Prof, exam sebelum nie, result saya kurang memuaskan. Puas sudah saya mencuba." Balas Kassim kepadanya sambil menundukkan wajah.

"Tidak mengapa Kassim, engineering memang begitu. Tapi, saya yakin awak boleh punya.." Ujar Prof Harizz sambil tersenyum kepada Kassim.

"Electric Machine susah juga Prof. Pening saya nk fahamkan nya.." Jawab Kassim.

"Oh, itu Electric Machine banyak senang. Bagi saya, ramai student kata susah sebab tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Student tahu tapi tidak pandai skill study.." Balas Prof Harizz sambil bangun dari tempat duduknya menuju kesatu rak buku
di hujung bahagian biliknyanya.

" Saya ada 1 kisah mahu cerita pasal engineering nh." balas beliau lagi.
"Ceritalah Prof.." balas Kassim kemudian sambil memasang telinga dengan sebaik mungkin.

"Begini, memang engineering itu nampak susah, tapi sebenarnya tidak susah pun. Macam kita mahu capai puncak gunung everest
. Kalau kita tengok dari bawah, nampak macam mustahil mahu panjat itu gunung. Betul tak? Tanya Prof Harizz kepada Kassim. Dia terus mengangukkan kepala menandakan setuju.

"Tapi, kalau kita sedikit sedikit, jalan perlahan-lahan naik itu gunung, nanti lama-lama pasti kita akan sampai. Betul tak? Prof Harizz kepada Kassim lagi.
Kali ini, kata-katanya benar-benar menembusi hati Kassim yang sedang kerisauan menanti hari exam final. Hanya isyarat senyuman sahaja yang mampu Kassim lontarkan lantaran mulutnya tiba-tiba menjadi kaku.

"Namun, dalam kita mahu mendaki itu gunung everest, walau nampak macam mustahil, terus terang saya katakan, kita mesti set itu minda kita. Kita mesti cakap pada diri sendiri bahawa KITA BOLEH. Yakin pada diri sendiri bahawa kita boleh. And then, baru kita boleh capai itu puncak." terangnya lagi.

Terus terang, dalam suasana bilik yang dingin, kata-kata Prof Harizz benar-benar mengambarkan apa yang berlaku di dalam dunia engineering.
Kassim terus membisu di situ. Masih terkenangkan "marahan" lecturer kepadanya. Tiba-tiba, bahunya disapa.

"Kassim, jangan risau pasal exam. Ia cuma sementara sahaja. Kamu mesti lihat masa hadapan. Banyak lagi masa untuk kamu study. Saya yakin, kamu mesti boleh . Dengan syarat, yakin pada diri sendiri kita boleh sampai itu puncak gunung everest."

"Baik Prof, insyaAllah saya cuba." balas Kassim sambil terucap rasa syukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana membantunya meneruskan pengajian di bidang kejuruteraan ini.

Daripada peristiwa ini, banyak benda yang saya pelajari. Walau memiliki blog untuk motivasi sendiri, tapi kita pasti memerlukan insan lain untuk memotivasikan diri kita. Kita insan yang sangat banyak kelemahan diri dan memang terpatri bahawa manusia hidup saling bergantungan antara satu sama lain.

Tetapi, yang pasti, ungkapan "kita boleh" itu sebenarnya yang menentukan persedian mental kita. Jika kita sendiri sudah merasa kita tidak boleh, maka memang hasilnya "tidak boleh" juga. Saya teringat satu ungkapan ini, "Allah melihat apa yang kita usahakan, bukan hasilnya". Maksudnya, walau apa jua situasi sekalipun, kita mesti berusaha dahulu sebelum menyerah kalah. Tidak ada tawakal tanpa usaha. Betul tak?
Walau sukar bagaimana pun exam seperti engineering nh, kita harus mengharunginya dulu dengan keyakinan yang menggunung umpama gunung everest.


Kawan-kawan, AYUH MENDAKI GUNUNG ENGINEERING! (^_^)v


Manisnya kejayaan jika kita awalnya kita bersusah payah. Erti kesusahan mengajar kita erti usaha dan yakin pada diri sendiri. Teruskan usaha kerana Allah, insyaAllah, Allah membantu mu ketika senang mahupun susah.

p/s: watak xde kene mengena dengan hidup atau pun yang mati..peace

Sunday, October 10, 2010

Husnuzhanlah dengan apa yang menimpa kamu...


Entry kali ini, ingin aku kongsikan sebuah kisah yang ringkas tapi padat dengan isinya. Ia berkaitan dengan apa yang menimpa kita. Walau apa yang berlaku samada buruk atau baik, janganlah kita terus menerus menyalahkan takdir kerana insyaAllah apa yang berlaku itu pasti mempunyai rahmat disebalik kejadian. Bersangka baiklah kepada setiap ketetapan Allah, mudah-mudahan, apa yang kita lakukan itu dan bersabar akan dibalas dengan sebaiknya oleh Yang Maha Pencipta Kita. Amin~

Didalam sebuah kerajaan yang besar, terdapat seorang menteri yang benar-benar baik serta patuh kepada suruhan agama islam. Menteri ini menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan adil serta selalu menyebutkan perkataan "baik" apabila berlaku musibah atau kebaikan. Suatu hari, si raja terkena pisau di jari lalu beliau bertanyakan hal ini kepada menteri tersebut. Kemudian si menteri ini menjawab,
"Mungkin ini yang terbaik untuk tuanku."
Terus, si raja ini berasa sangat berang lalu terus memenjarakan menteri tersebut.
Pada malam si menteri ini dipenjara, si raja kerajaan ini datang kepada beliau untuk bertanya samada si menteri ini sudah berubah fikiran dan mahu meminta maaf kepadanya.
Namun ternyata, si menteri itu masih menjawab,
"Ia baik untuk tuanku,"
Akibat daripada ucapan "baik" itu, si raja telah menintahkan menteri itu untuk terus dipenjara.

Suatu hari, si raja ini keluar memburu bersama menteri yang baru. Tetapi si raja telah jauh meninggalkan menteri yang baru itu kerana menteri tersebut tidak cekap menunggang kuda. Hanya menteri yang telah dipenjara itu sahaja yang mempunyai kecekapan menunggang kuda sama seperti si raja tersebut. Akhirnya, si raja itu telah tersesat di dalam hutan kerana telah pergi terlalu jauh dari menteri barunya itu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, si raja tersebut telah ditangkap oleh puak orang hutan lalu di hantar untuk dikorbankan dalam upacara agama puak orang hutan tersebut. Namun, ketika raja tersebut ingin dikorbankan, salah seorang dari orang puak hutan telah memeriksa badan raja tersebut. Ternyata, terdapat balutan luka ditangan raja tersebut. Lalu raja tersebut dilepaskan kerana bagi kepercayaan orang puak hutan itu, hanya manusia yang sempurna sahaja yang layak untuk dikorbankan kepada tuhan mereka.

Akhirnya, raja tersebut dibebaskan dan berjaya menemui semula istananya. Sesampai di istana, beliau segera pergi ke penjara bawah tanah lalu dilepaskan menteri yang telah dipenjara itu.
"Beta berasa berterima kasih kerana dengan luka di tangan beta lah, beta terselamat daripada dikorbankan," kata raja tersebut.Lalu menteri itu menjawab,
"Tuanku, segala yang berlaku itu termasuk buruk atau sebaliknya, pasti ia membawa kebaikan kepada kita semua.." balas menteri tersebut.




Sunday, October 3, 2010

2010 - Tahun kebangkitan anak muda


Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.

Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki “idealisme fitrah” itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa.

Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber”mazhab” study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus.

Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.

Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.

2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.

“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” Wallahualam.

dipetik dari http://seutastasbih.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates