Tuesday, November 16, 2010

Belajar untuk Berkorban Walaupun ia Pahit..




Lemang......
task utama untuk aku setiap kali hari raya
(~_~)
nak buat macam mana..
aku je lelaki "bujang" yang ade..
belajar untuk BERKORBAN walaupun TERKORBAN
apapun success msk lemang dengan jayanya..
gambar diatas hanya muqadimah sahaja
ingin aku kongsikan sebuah cerita PENGORBANAN sempena eiduladha kali ini
kisah Ashabul Ukhdud dari kitab Riyadhus Solihin oleh Imam Nawawi..

Kisah seorang pemuda Mukmin berada di suatu negara bukan Islam, yang dipimpin oleh seorang raja musyrik dan kafir. Raja itu ingin membunuh pemuda beriman ini, puas dia berusaha membunuhnya berulang kali.. Dia lemparkan pemuda itu dari atas gunung.. dia lemparkan pemuda itu ke lautan.. tetapi setiap usaha membunuh itu tetap gagal kerana Allah selalu menyelamatkan pemuda ini. Maka hairanlah raja musyrik itu.

Pada suatu hari pemuda ini bertanya kepada raja tersebut, “Apakah tuanku benar-benar ingin membunuhku?”

“Ya!” Jawab raja itu. “Semua ini aku lakukan adalah untuk membunuhmu.”

Pemuda itu menyarankan, “Kalau begitu, kumpulkanlah orang ramai di sebuah tanah lapang, kemudian ambillah satu panah dari tempat panahku, letakkan di tempat sasaran. Lepaskanlah ke arahku, dan katakan, “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini!”

Sebelum itu cubaan membunuhnya dilakukan dengan menyebut nama raja, bukan dengan nama ‘Allah Tuhan pemuda ini’. Maka raja pun laksanakan saranannya. “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini.” dilepaskan anak panah itu tepat mengenai sasaran. Maka matilah pemuda itu.

Tiba-tiba bersorak dan menjeritlah orang ramai, mereka mengatakan, “Rupanya Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini! Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini!!”

Mereka ingkari pertuhankan raja musyrik itu. Kata mereka, raja itu telah melakukan segala cara untuk membunuh pemuda ini, ternyata tidak berjaya. Tetapi ketika dia mengucapkan satu kalimat, ‘Dengan menyebut Allah, Tuhan pemuda ini’ pemuda ini boleh mati. Kalau demikian pengatur semua kejadian ini, sebenarnya adalah Allah! Maka berimanlah semua mereka. Sehingga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengulas, “Perbuatan pemuda ini mendatangkan manfaat yang besar bagi Islam.

Lihatlah pada PENGORBANAN yang dilakukan oleh pemuda tersebut. Kita harus belajar untuk BERKORBAN walaupun ia pahit,tetapi kita kan merasa kemanisannya kelak(teringat sumthing..smoga pengorbananku tidak sia2).Insyalllah....


"HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN

PENGORBANAN PERLUKAN PERJUANGAN

PERJUANGAN PERLUKAN KETABAHAN

KETABAHAN PERLUKAN KEYAKINAN

KEYAKINAN MENENTUKAN KEJAYAAN

KEJAYAAN MENENTUKAN KEBAHAGIAAN"


beramal kerana Allah.....


Sunday, November 14, 2010

Belajar Dari Kejatuhan Empayar Uthmaniyah: Siri 2- Faktor-Faktor Kejatuhan dan Kaitan Penaklukan Palestine


Menurut Cristopher Catherwood, seorang penulis British menulis di dalam bukunya A Brief history of The Middle East, bahawa setiap konflik yang berlaku di Timur Tengah seperti isu Palestin, perang teluk di Iraq, termasuk peperangan di Bosnia dan Kosova berpunca daripada kemusnahan Empayar Uthmaniyah.

Mengapa tidak? Bukankah terdapat hadith yang menyebut;

“We are the last but will be the foremost to enter Paradise).” The Prophet added, “He who obeys me, obeys Allah, and he who disobeys me, disobeys Allah. He who obeys the chief, obeys me, and he who disobeys the chief, disobeys me. The Imam is like a shelter for whose safety the Muslims should fight and where they should seek protection. If the Imam orders people with righteousness and rules justly, then he will be rewarded for that, and if he does the opposite, he will be responsible for that.” [Sahih Bukhari]

Maka, dengan berakhirnya khilafah atau pemerintahan islam, maka berakhirlah pembelaan terhadap umat islam itu sendiri. Malahan, umat islam masing-masing semakin tidak mempedulikan nasib saudara seagama mereka di Negara sendiri mahupun di Negara lain.

Sabda baginda lagi:

“The knots of Islam will be undone one by one until every one of them is undone, and the first one to be undone is the knot of ruling(by the Book of Allah) and the last one is the knot of prayer (Solah)” [Musnad Ahmad]

Turki ‘Uthmaniyah berada di puncak kegemilangannya hinggalah zaman pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni (1520-1566). Selepas baginda turun daripada takhtanya, Empayar ‘Uthmaniyah semakin merosot sedikit demi sedikit dek serangan-serangan musuh daripada luar dan kelemahan pemerintah sendiri.

Terdapat empat perkara, sebagai sebab-sebab kejatuhan khilafah ‘Uthmaniyah.

1)Hutang

Kerajaan ‘Uthmaniyah mula membuat pinjaman (baca: berhutang) dengan Bank Eropah sekitar pertengahan abad ke-18 untuk membiayai pembaik-pulihan stesen kereta api, kekurangan dalam pendapatan Negara, dan perbendaharaan Diraja yang mewah dan berlebih-lebihan. Pastinya, terma dan syarat pinjaman dibuat oleh orang British dan Perancis yang licik, yang konon-kononnya membantu memudahkan urusan peminjaman. Maka, kegagalan kerajaan Turki ‘Uthmaniyah membayar balik wang tersebut mengakibatkan pemilikan jajahan takluk Turki ‘Uthmaniyah beralih tangan kepada kuasa-kuasa besar Eropah.

2) Revolusi Arab 191

Bangsa Arab, terkenal dengan bangsa yang begitu bangga dengan bangsa mereka sendiri. Mereka adalah bangsa terbaik kerana ramai nabi-nabi yang lahir dari kalangan bangsa mereka. Maka, tidak hairan jika mereka tidak senang untuk berada di bawah kekuasaan ‘Uthmaniyah yang bukan dari bangsa Arab. British mengambil peluang ini untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme Arab, seterusnya menghasut supaya menuntut kemerdekaan daripada ‘Uthmaniyah. Sharif Husayn ibn ‘Ali, gabenor Saudi yang dilantik oleh ‘Uthmaniyah membuat perjanjian dengan Sir Henry Mc Mahon untuk mengadakan Revolusi. Sebagai pulangan, British menjanjikan sokongan penuh terhadap “pembebasan” ‘Arab Sa’udi daripada ‘Uthmaniyah, jaminan negara-negara di Semenanjung Tanah ‘Arab di bawah kekuasaan Sa’udi, dan subsidi, termasuk bantuan ketenteraan kepada keluarga Hasheemiyah (Hashimites). Malangnya, tanpa pengetahuan mereka, perjanjian tersebut awal-awal lagi telah terbatal dengan wujudnya perjanjian rahsia Skyes-Picot antara Perancis dan British. Akhirnya, Keluarga Hasheemiyah tidak mendapat apa-apa faedah selain daripada kemerdekaan, dan Empayar ‘Uthmaniyah yang menjadi mangsa belot semakin melumpuh.


3)Perjanjian rahsia Skyes-Picot


Perjanjian ini telah termeterai secara rahsia di antara Perancis dan British pada 16 Mei 1916, tahun yang sama berlakunya revolusi Arab, dengan jangkaan bahawa Turki ‘Uthmaniyah akan jatuh dan kalah di dalam Perang Dunia Pertama yang telah bermula sejak 1914. Dalam perjanjian ini, kawasan taklukan ‘Uthmaniyah telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian; kawasan Trans-Jordan (Jordan, selatan Iraq dan Hayfa) kepada British, Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria kepada Perancis, Istanbul, Selat Bosphorus dan Armenia kepada Rusia. Palestin pada mulanya diletakkan sebagai ‘zon Antarabangsa’, namun selepas perjanjian tersebut diumumkan, British menduduki Palestin.


4) Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama


Turki ‘Uthmaniyah telah menandatangani perjanjian dengan Jerman pada tahun 1914 sebagai proksi kepada negara tersebut untuk menentang Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Walaupun pada mulanya kemenangan berpihak kepada tentera ‘Uthmaniyah, namun selepas penyusunan semula tentera British, akhirnya British berjaya menawan Baghdad dan Jerusalem pada tahun 1917. Revolusi Arab disebutkan sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan ‘Uthmaniyah dalam peperangan tersebut. Sehubungan itu, Deklarasi Balfour 1917 telah diadakan oleh kerajaan British sebagai tanda simpati terhadap aspirasi Zionis Yahudi. Dalam deklarasi tersebut, kerajaan British menyatakan perancangan mereka untuk menjadikan Palestin sebagai ‘national home’ bagi bangsa Yahudi.

Dengan itu, pendudukan Palestin oleh Yahudi pun bermula…dan aku sangat tertarik dengan KETEGASAN Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) kepada Theodor Herzl yang ingin membeli Palestin daripada ‘Uthmaniyah yang TIADA dalam diri PIMPINAN sekarang.

Katanya;

“Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianyabukan milik saya, tetapi milik rakyat saya . Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka bolehmengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkanianya berlaku atas sebab apapun”

Lihatlah bagaimana ketegasan Sultan Abdul Hamid II mempertahankan Palestine, yang TIADA dalam diri PEMIMPIN islam sekarang yang hanya menjadi KUDA tunggangan barat. Selama ini kita hanya melihat manisnya kegemilangan Islam di mata dunia. Kita terlupa untuk meninjau sejarah pahit, akibat kepincangan umat Islam sendiri.

Mari kita fikir-fikirkan....

“BERAMAL KERANA ALLAH”

Tuesday, November 9, 2010

Belajar Dari Kejatuhan Empayar Uthmaniyah: Siri 1- Krononologi kejatuhan


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah..Syukurku padaMu Ya Allah. Hari ini ingin aku kongsikan kisah yang teguh dalam igatan umat islam kala ini, bagaimana pada tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.


Sahabat-sahabat, kita sering disinergikan dengan kehebatan empayar uthmaniyah,tapi adakah kita mengambil iktabar daripada punca keruntuhan empayar uthmaniyah itu sendiri. Kita mahukan Daulah Islamiyah, tapi munafik-munafik seperti Kamal Attartuk laknatullah masih lagi disekeliling kita. Jika kita lihat bagaimana permulaan kejatuhan empayar islam ini bermula dengan pemerintahan yang lemah dan jauh dari syariat Allah. Berpunca dengan kelemahan pemerintah, barat dengan mudah ‘mencanai’ dan memperbodohkan pemerintah kala itu. Perkara ini berlaku ketika ini sahabat-sahabat sekalian. Kita harus sedar apabila pemerintahan yang jauh dari syariat Allah, musuh islam mudah untuk memperkotak-katikkan kita.

Untuk siri pertama entry ini,ingin aku kongsikan kronologi detik kejatuhan empayar Uthmaniyah untuk perkongsian dan peringatan kita bersama. Ingin aku ingatkan pada diri ini dan sahabat-sahabat pejuang agama Allah sekalian, yakinlah dengan janji Allah seperti dalam kitabNya:


" Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang " – Al Maidah : 56



Kronologi kejatuhan Empayar Uthmaniyah:


1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.


1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.



1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.


1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.


1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.


1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.


1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.


1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.


1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.


1526M- Perang Mohacs


1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.


1571M- Perang Lepanto berlaku.


1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV


1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.


1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.


1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.


1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.


1792M- Perjanjian Jassy.


1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".


1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.


1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.


1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.


1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.


1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tenteraan laut Uthmaniyyah di Navarino.


1829M- Perjanjian Adrianople.


1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.


1841M- Konvensyen Selat.


1853M- Bermulanya Perang Krimea.


1856M- Berakhirnya Perang Krimea.


1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.


1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.


1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.


1912M- Perang Balkan pertama.


1913M- Perang Balkan kedua.


1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.


1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.


1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.


1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Sunday, November 7, 2010

Dimana masa kita untuk Allah???



Percaya atau tidak, kita sebenarnya bukan mengingati Allah setiap masa. Kita akan meluangkan masa untuk mengingatiNya ketika di kala sukar, 5 kali solat fardu dan didalam masjid ketika solat jumaat.

Kita campurkan semua waktu solat fardu, 5 solat x 5 minit = 25 minit dalam sehari.
Solat jumaat termasuk khutbahnya sekali, 45 minit.
Waktu dikala sukar didalam hidup dalam sehari, mungkin ada mungkin tidak langsung mengingatiNya kerana kita merasakan kita mampu menanganinya dengan kekuatan diri semata-mata.

Bila diri jatuh sakit, kita pasti mencari doktor yang paling pakar dan mahal bayarannya kerana kita merasakan doktor MAMPU mengubati kita.
Bila kita tiada duit atau rezeki, kita terus terfikir, along-along kerana pada fikiran kita hanya duit mampu mengubah segala-galanya.
Bila nafsu sedang meninggi gunung, kita terus search di internet dan di lorong belakang kedai untuk memuaskan nafsu kerana kita menyangka "mereka" disana mampu memenuhi citarasa kita.
Bila ditimpa bala, kita mengeluh sambil menongkat ego di hadapan Allah kerana kita merasakan doa itu bukan penghubung antara kita dengan Tuhan lalu kita terus menyalahkan orang lain diatas apa yang telah ditimpa kepada kita.
Bila kita gembira dengan kejayaan, kita seronok bagai nak gila kerana kita yakin ia datang dari hasil usaha diri yang kuat.




Jadi, dimana masa untuk Allah? Takkan hanya dihadapan sejadah dilitupi telekung dan kopiah sahaja..
Berterima kasih lah kepadaNya kerana Dia memberi kita kesenangan SEBELUM kita meminta.
Dia menghadiahkan segala-galanya kepada kita sebelum lahirnya kita dimuka bumi ini.
Dia menjaga kita sebaik-baiknya kerana Dia tahu kita lemah, tak mampu untuk menjaga diri.
Malah, Allah tidak pernah meminta BAYARAN diatas segala yang telah diberikan kepada kita kerana Dia Maha Penyayang.

Fikirkan lah..Renungkanlah. Memang benar, hati kita ini keras. Tetapi, sekeras-keras bagaimanapun, hati kita ini tetap lembut bila didengarkan kalimah Allah. Percayalah bahawa hati kita yang tengah derhaka ini suatu hari nanti akan jatuh cinta kepadaNya.
Janganlah malu untuk mencintaiNya kerana Dialah tempat sebaik-baik untuk dicintai..

Ya Allah, kami mencintai Mu...





Wednesday, November 3, 2010

Ayuh transformasikan Malaysia



“Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.(Malaysiakini)”



Tahniah diucapkan kepada pentadbiran Negara. Pelancong jenis kelawar dan musang memang suka keluar melancong pada waktu malam. Oleh sebab itulah Jakaran dan Bangkok dikunjungi ramai pelancong jenis ini kerana bandar raya tersebut tidak pernah tidur pada waktu malam. Kuala Lumpur wajib meniru Jakarta dan Bangkok.


Hiburan malam jadi seperti tidak sah sekiranya tiada pelacur. Biasalah, orang apabila telah mabuk, mulalah gelisah tidak tentu pasal.


Oleh itu, kembangkan lagi industri pelacuran yang sedia kembang itu. Import pelacur asing ramai-ramai. Berikan taraf perintis selama 5 tahun tanpa gangguan pihak berkuasa. Harga jangan mahal sangat. Kalau boleh jadikan sebagai barang kawalan. Apabila harganya berpatutan, pelancong asing akan datang bertimbun-timbun setiap tahun. Kayalah negara kita.


Lepas ini, tiada lagi jurutera, tiada lagi doctor, tiada lagi guru, tiada lagi ulamak. Yang ada hanya pelayan-pelayan bar, pelacur setiap kelas supaya semua 1 Malaysia dapat rasa, pengocok daun terup, peminum-peminum tegar dan penagih-penagih judi untuk membangun dan memacu TRANSFORMASI Negara.


Malaysia boleh mencapai tahap seperti negara Malaga, Majorca, Ibiza, Faro, Alicante dan Palma, pusat untuk melempiaskan nafsu terbaik di dunia. Paling aku bangga, semua Negara tersebut adalah bekas NEGARA ISLAM. Transformasi kan namanya.


Teruskan membakar RM111 juta untuk PERMATA Rosmah melahirkan PEMIMPIN-PEMIMPIN masa hadapan. Teruskan juga mengoyak RM95 juta untuk sekolah agama rakyat dan teruskan “menimbus” berjuta ringgit lagi untuk pendidikan jika pelacur-pelacur, pelayan-pelayan bar, pemabuk dan penagih judi yang ingin kita lahirkan. 1Malaysia; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan hiburan malam digalakkan!




AYUH ANAK MUDA..TEGUHKAN PENDIRIANMU..ALLAH ADALAH TUJUAN MU..RASULULLAH TELADAN MU..AL-QURAN PEDOMAN HIDUP MU..JIHAD JALAN HIDUP MU...BANGKITLAH DARI LENAMU ANAK MUDA..JOM TUKAR!!

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates