Thursday, May 20, 2010

Apabila Yang Haram Dihalalkan...



Alhamdulillah....alhamdulillah..alhamdulillah syukur kepada Allah masih memberikan aku ruang dan peluang untuk bernafas di atas muka bumiNya ini..tatkala dosa yang tidak terhitung banyaknya, tetapi masih dikurniakan kehidupan yang sempurna..terima kasih Ya Allah!


Hari ini tiba2 rasa nak menulis sebab tak tau nak buat ape cuti sehari nh.Cuma apa yang ingin aku perkatakan hari ini ialah tentang isu yang menjadi persoalan dimana perkara yang haram dihalalkan. Cuma yang menjadi persoalannya, kita sering memperkatakan negara kita merupakan sebuah negara islam, segala persidangan yang berkaitan negara islam kita menjadi pengerusinya iaitu yang terbaru forum ekonomi islam yang berlangsung di PWTC, tetapi yang menggemparkan negara kita telah meluluskan lesen perjudian kepada syarikat Berjaya Corp pada minggu lepas. Mengapa perlu menghalalkan yang haram tersebut?teringat aku ketika rancangan “Berfikir Diluar Kotak” oleh syed Munawar di TV1, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan “kami pun tahu pasal hukum” ketika menjawab persoalan tentang wakil rakyat yang tidak menjalankan tanggungjwab selepas menjadi wakil rakyat. Mengapa orang-orang yang “tahu hukum” ini tidak mempersoal sebaliknya berdiam diri dan lebih teruk menyokong dengan tindakan tersebut. Adakah hukum poligami saje yang diorang tahu?....


Sempat aku membaca keratan akhbar The Sun keluaran selasa 18 may time tengah kerja ari tu yang bertajuk No more licences”. Paper The Sun nh je yang free, yang lain kne bayar..huhu.. antara statement yang dikeluarkan oleh timbalan menteri kewangan Datuk Chor Chee Heung ialah Government would get tax revenue amounting to RM400 million a year dan satu lagi statement dari Datuk Micheal Chong, ketua badan aduan awam khidmat masyarakat MCA iaitu We get from the people, we give back to the people. If we collect bets here, at least the money from gaming tax is used for the locals

Disini jelas mengapa kerajaan kita meluluskan lessen perjudian ini. Tetapi yang menjadi kekesalannya, mengapa sumber yang haram ini perlu dijadikan salah satu daripada perolehan negra sedangkan negra kita merupakan negara islam?jika betul cukai kepada perjudian ini digunakan kepada masyarakat, tidak mustahil jika pelacuran yang menjadi salah satu sumber pendapatan yang besar kepada negara jiran kita Thailand, akan diluluskan di negara kita ini jika statement2 dan alasan2 seperti ini yang dikemukakan.


Jika kerajaan ingin mengawal dari petaruhan haram, kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi “KAWALAN” adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat. Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa ‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka" dan "Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, jadi jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan untuk mendapat sesuatu"

Kita kena sedar bahawa kelulusan ini lebih membawa kepada perkara yang lebih negative iaitu:


1) Kancah hutang dan masalah kewangan yang lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.


2) Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduhan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,


3) Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.


4) Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘excited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu 'obsess' dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.


5) Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.


6) Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.


7) Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada individu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah di sisi undang-undang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan mudah.

1.


Seperti firman Allah di dalam Al-quran,


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)


Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain. Ayuh sahabat2 sekalian, kita teguhkan prinsip dan pendirian kita. Semoga Allah bersama dengan kita semua.Takbir! wallahualam.....



Dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali......










Tuesday, May 11, 2010

Jangan Membenci.....






setiap manusia yang dilahirkan, pasti kesilapan akan dilakukan kecuali para nabi dan rasul.
Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat.

Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak. Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan.
Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkah laku mereka..

Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan..
Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus.
Anda setuju?

Sebagai contoh:
Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Dimana letaknya cara islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah?

Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi si B menjadi lagi jauh dariNya.
Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun.

Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain.

Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya.

Sayang dan ubah peribadi. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula..=)
Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates