"Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai yang menyertainya.Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,pasti ramai yang tertarik padannya.Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu.Turun naiknya,sakit pedihnya,umpama kemanisan yang tak terhingga.Andai rebah bangkitlah semula,Andai terluka ingatlah janjiNya"
Kata bijak pandai, kehidupan umpama satu pelayaran. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Oleh sebab itu bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera akan terolang-aleng lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Kita tidak akan gusar betapapun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya.
Maka begitulah dalam menghadapi ujian hidup… kita tidak akan bimbang sekiranya iman di hati tetap mantap. Diri tidak akan hilang kawalan. Kita akan terus menghadapi segalanya dengan penuh keyakinan. Berpegang kepada prinsip:
Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Dengan iman, kita punya keberanian – hidup selagi hidup! Jika tidak, kita akan menjadi umpama bangkai bernyawa, yang hidup segan, mati tak mahu. Tanpa iman, kita menjadi pengecut – menjadi orang yang berani mati kerana takut hidup...kalau korang rasa tak betul jangan baca blog aku! :p
Hidayah itu milik mutlak dari Allah swt. Tiada satu mahluk pun mampu untuk memberikan hidayah kepada hamba-hambaNya. Tetapi hairan, ramai diantara kita sanggup berusaha keras, bekerja 24 jam sehari semata-mata untuk "tackle" manusia yang kita cintai. Pelbagai kata-kata puitis "tidak sabar menunggu kamu dihatiku.." didendangkan, malah duit pun sanggup dikorbankan, asalkan "dapat" menawan hati itu.
Dan berbeza pula dengan suasana sekarang, perkataan "hidayah" amat sukar didengari. Bila sebut sahaja soal hidayah, majoriti manusia akan berkata "aku tengah tunggu hidayah ni.. tak sampai lagi kat dalam hati.."
Sedangkan, hakikat hidayah itu perlu usaha dari setiap individu, bukannya datang jatuh ke riba.
Sekadar renungan..
#Alangkah indahnya sekiranya ayat-ayat rindu kepada manusia ditukar rindu kepada Pemilik hati-hati manusia.
"Seorang insan biasa yang tak miliki apa2 di muka bumi ini.Insan yg sering dikotori oleh dosa2 dan berusaha utk menyucikan diri dibawah rahmah dan petunjuk illahi.Insan yg sering alpa dan dipenuhi cacat dan cela.."saya hanya insan biasa,faqir lagi haqir di dunia ini,andai dihitung2 dosa2 hambaNYA aku khuatiri akulah manusia yg terlalu kurang pahala amalnya tetapi berat dgn lumpuran dosa2.."...kpd pembaca blog yg dikasihi jgn kalian beranggapan daku memilik keperibadian agung seperti dlm gambaran entry2ku,itu hanyalah sekadar perkongsianku sebagai bimbingan dan panduan kita bersama..diri ini hanyalah insan hina yg tidak melayakkan diriku utk ke syurga....."