Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri....

Saturday, September 12, 2009

Syahidah Seorang Muslimah....

Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. Seucap janji membuat kita percaya. Sekecil luka akan membuat kita kecewa. Tetapi sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.

Kita sedih bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi kita sedih, kerana pada saat yang sama berlangsung pengebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tapi berita ini sama sekali tidak kita lihat di kaca TV atau dada akhbar kita, negara yang majoriti penduduknya Muslim, bahkan mungkin tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini. Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirehatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi pemergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi pemergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslimah.

Photobucket


Marwa Al-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia kehilangan nyawanya. Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman di saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya kerana ia mengenakan jilbab.

Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah yang berasal dari Mesir itu. Di persidangan itulah Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya telah terkena tembakan pihak berkuasa keamanan mahkamah yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Peristiwa ini sepi dari sebarang liputan di media massa Jerman dan mungkin juga di media massa asing dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya mengapa di media massa kita cuma sibuk dengan berita pengebumian Michael Jackson. Tidak ada berita pengebumian Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat gelaran “Pahlawan Jilbab”. Tidak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tidak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya.

Tapi tidak mengapa Marwa Al-Sharbini, kerana engkau akan mendapat tempat yang paling mulia di sisi ALLAH SWT, seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli.TAKBIR!!!

dipetik dari http://ismaweb.net

Wednesday, September 2, 2009

DIALOG PERBANDINGAN AGAMA



MAI PAKAT PI RAMAI2......

Wednesday, August 26, 2009

mai pakat g ramai2~

Saturday, August 22, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR … … … …

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu...merayu…
Kepadanya tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan diawal waktu solat yang dikerjakan…
Sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh dan qalbu….
Bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil…
Menangis kecurangan janji “
Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil’alamin
(kerananya solatku,ibadahku,hidupku dan mati ku… kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walaupun saat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkanbegitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang…
Bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibuk dengan berterawih..
Berqiamullail…bertahajjud..mengadu…merintih..meminta kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke Syurga-MU
Tapi..aku tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan yang kita buru….
Kita cari. .suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri..rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan……
Lorong-lorong redha Al-Rahman

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan yang Paling bererti..
Paling berseri…
Menerang kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti
Namun teman….
Tak aka nada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan terakhir kali
Bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itulah hanya berusaha…
Bersedia..meminta belas-NYA
Andai benar Ramadhan ini terakhir buat kita…

Friday, August 21, 2009

kebahagiaan duniaku.....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..sesungguhnya tanpa nikmat dan rahmat dariMu, siapalah aku ini...tatkala pulang kelas ustz arif,benak ini tetiba trigat akan kedua ibu bapaku...dh smggu x call..smpai je kat bilik aku tros menghubungi ibuku...dan mcm biasalah aku akan dibebel kerana lama tidak menelefon, “abah ko bising npe lme ko x call!!bila nk balik???”kata ibuku...huhu..tetapi aku sangat senang dgn bebelan ibuku...sgt bahagia rasenyer...sesugguhnya mereka sgt ambil berat akan diriku...aku mengaku akan kekhilafan diriku ini...terlalu mengejar dunia yg sementara...kepada mak ngan abah,i lurv u so much!!!!!

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ayah dan ibu lah
Mesti dihormat

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat

Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Sunday, August 2, 2009

Manusia dan perut mereka sahaja...

Penattt!!!itulah ungkapan yg sesuai untuk diriku kala ini...hampir setengah jam menunggu tren dari seremban....dah smpai,rosak pulak dah tren nh!!Allahuakhbar~redo je la...penumpang diminta menunggu tren berikutnyer dlm 10 minit lg...yela 10 minit! alik2 sampai nyer lg setengah jam...penuh pulak tu...assobaru minal iman~setelah melangkah memasuki tren,mcm biasa kne brdiri..mate ana terlihat seorg lelaki berbangsa india tersandar didinding tren...d sebelah nyer seorg perempuan..adik nyer kowt!wallahualam..tp yg ana perasan lelaki tu patah kaki melihat kaki nyer berbalut-balut...nh bkn nk citer psal org patah kaki, tp nk citer xde sorg pon yg mengofferkan lelaki tersebut duduk..dh la sakit, yg xskit x bg duduk..padahal dh terang2 kt citu dah tampal "sila beri seat kepada yg lebih memerlukan"..ciap tunjuk gambar lg..org mngandung, org tua,org sakit n etc...masing2 pentingkan diri..ana bkn nk ckp ana baik just pringatn pd diri ana dan sahabat2..jdlah manusia yg ade perasaan perikemanusiaan..camni ke 1 malaysia!!!haaa!!kalau Tok Najib nmpak, kne msok ISA kamu...hahaha...sori Tok Najib!jgn campak ana kt ISA..ana x kawen lg!!hik2....
smoge citer nh dpt beri kesedaran pd kite semua..wallahualam..
Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates