Wednesday, September 22, 2010

Jangan bertawakal pada matamu....

Alhamdulillah. Sahabat-sahabat, ayuhlah kita berimanlah kita kepadaNya,nescaya kita akan merasa tenang dalam berusaha melakukan pekerjaan kita. Walau kuasa daya kita amat terbatas, tapi percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah. Kerana itulah, usahlah kita berasa risau tentang setiap kesudahan yang bakal berlaku dalam hidup kita. Bertawakallah kepada Allah dalam setiap usaha yang kita lakukan dan mempercayai 100% sepenuhnya setiap kesudahan kepada Allah dan BUKAN pada usaha dan kemampuan kita sendiri. Disini ingin saya kongsikan sebuah kisah tentang apa yang saya perkatakan tadi...

Di mesir, ada sebuah pemuda bernama Abbas Asisi. Dia bergabung dengan organisasi Ikhwanul Muslimin. Suatu hari, dia menziarahi Syeikh Hasan Al-Banna. Sedang mereka berbincang, Abbas Asisi menyatakan rancangannya lalu Al Banna berkata," mengapa kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan.?"

"saya mempunyai masalah dengan mata dan saya rasasaya tidak boleh lulus dalam ujian menembak,"

"tidak apa, bertawakallah kepada Allah," kata Sheikh Al-Banna.

"Bagaimana saya akan bertawakal pada Allah sedangkan saya mengetahui ada masalah dengan mata saya,?"

"Justeru itu, bertawakallah kepada Allah. kalau matamu sihat, mungkin kamu akab bertawakal pada matamu."

Abbas Asisi mengikuti saranan Al Banna. Dia memohon untuk memasuki bidang ketenteraan. Di saat beliau menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Tapi dia ingat pesanan gurunya itu. Maka beliau pun berusaha gigih dan menyerahkan kesudahannya pada Allah.
Ternyata, beliau lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak tersebut.

Terdapat 1 pengajaran penting dalam cerita diatas. Syeikh Al Banna mengingatkan Abbas Alisi bahawa jika matanya sihat, mungkin dia akan bertawakal pada matanya dan bukannya pada Allah.

Namun, itulah yang sering terjadi pada manusia sekarang. Kita lebih mengagungkan kebolehan dan keupayaan kita dalam melakukan sesuatu. Kita lupa bahawa pada hakikatnya, Allah lah yang menentukan segala yang berlaku dalam kehidupan didunia ini.

Nasihat Al Banna menyedarkan kita bahawa terhadnya kemampuan kita tetapi sama sekali tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk kita berjaya. Kita perlu untuk berusaha dan menyerahkan segala kesudahan kepada Allah.

Bertawakal kepada Allah ketika beramal pasti membuatkan jiwa anda berasa lebih tenang

Bertawakallah kepada Allah, pasti kesudahannya membuat wajah anda mengukir senyuman. :- )

Tuesday, September 21, 2010

spe nk kaya,jom pose..


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :

"Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun". (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

oleh itu sahabat-sahabat, ayuh kita puasa enam (^_^)

Sunday, September 19, 2010

JOm jOin akTiviti k0Lej..

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

ayuh join aktiviti kolej (^_^)

Saturday, September 11, 2010

Aku dilahirkan untuk mati......

alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah masih melanjutkan kontrak nyawaku untuk menyambung pengembaraan hari rayaku di rumah saudara mara..cuma yang agak specialnya hari ini aku menyambut hari lahirku sekali..tiada ape yang menarik ingin aku coretkan,cuma ucapan terima kasih atas ucapan-ucapan selamat dan doa kiriman keluarga dan sahabat-sahabat buatku..hari ini rasa tidak bersemangat..tidak beberapa sihat semenjak dua menjak ni..maklumlah umur semakin tua..mungkin dh sampai waktu kowt..huhu..Allah yang maha mengetahui..jika angka 21 ini menjadi angka terakhir dalam hidupku, moga sahabat-sahabat doakan yang terbaik untukku..titipkanlah namaku dalam doa kalian supaya hidupku selamat dunia dan akhirat..amin..hanya doa ini mampu aku kongsikan untuk kita semua...selamat menyambut hari tuamu Muhammad Harith Abdul Kadir.......

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,Rehatku adalah rantaian zikir,Rantai yang ku kalungkan pada leherku,Sebagai tanda cintaku pada Mu,Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,Mencari haruman Syurga ciptaanMu,Tempat rehat dan nikmmat abadi.....

Friday, September 10, 2010

My eidulfitri...

Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah kerana masih memberikan aku kesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga yang tercinta..seronok dan meriah, perkataan yang boleh diungkapkan tatkala berakhirnya pengembaraan kami beraya die rumah saudara mara..tema kami tahun ini coklat..aku lebih prefer hijau sebenarnya..tapi takpelah bab2 baju raya ni aku serahkan je pada mak dan kakakku saja..mereka lebih arif..apabila sudah lama tidak berjumpa,maka banyaklah perkara yang ingin dikongsikan..walaupun tahun ini kami beraya tanpa abangku, suasananya tetap meriah walaupun ade kekurangannya..maklumlah mak dan abah mesti mahu semua anak-anaknya berada disisi..tetapi tidak mengapalah, hanya doa hanya mampu kami utuskan kepadanya semoga dia selamat dan sentiasa dilindungi oleh Allah..amin..hari ini makan lebih banyak dari biasa walaupun ramai yang mengatakan "eh, harith dah makin kurus..nampak cengkung"..tak tahu lah..aku rasa makan banyak je..bak kata kakakku "banyak makan hati kot..hahaha"..tapi kek coklat memang sedap(^o^)..kredit untuk kakak sedaraku..apa-apa pun, aku tetap gembira dan bersyukur dapat bersama beraya bersama dengan keluarga tercinta..esok pengembaraan akan bersambung...


family(without my bro)



aku seorang driver



gaya lepas kenyang makan


sume masuk air


cousin baru..comei cam aku (^_^)v


kek coklat sedap!


Tuesday, September 7, 2010

Kematian yang sentiasa mengejar kita.Bersediakah kita??


Subuh yang tenang...Alhamdulillah syukurku padaMu ya Allah..aku masih diberikan kesempatan olehMu untuk melihat dunia ini kembali dari “kematian” yang sementara..ya kematian!..perkara yang sering bermain-main di benak fikiranku akhir2 ini...usai solat subuh td pun,di atas motor perkara ini ligat berpusing di minda student Faculty kejuruteraan ini yang bajet kritikal..apakah pengakhiran hidupku??bilakah pengakhiran hidupku???bagaimanakah pengakhiran hidupku??? Dan adakah aku telah bersedia??? persoalan2 yang ligat memutarkan fikiranku...


Dikala dosa yang dilakukan setiap hari..kemungkaranku kepadaMu ya Allah..adakah aku mampu mencapai huznulkhatimah???atau su’ulkhatimah pengakhiranku???semoga Kau berikan yang terbaik untuk diriku,keluargaku, sahabat-sahabatku dan seluruh umat islam di dunia ini..amin....aku tertarik pada penulisan yang bertajuk “Aku telah dikhitbah.Bahagiakah aku???” dari blog salah seorang sahabatku..pabila telah dikhitbah, pasti kita akan bahagia..tetapi bagaimana pula kalau telah dikhitbah oleh malaikat maut?? Bahagiakah aku menjawab soalan-soalan “romantic” Mungkar dan Nangkir di dalam peraduanku???dengan keadaan amalku kitika ini,jauh sekali aku mampu menghadapinya..Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini, jangan Kau palingkan hati ini dariMU, pandanglah kami dengan pandangan rahmatMU, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung seksaan api nerakaMU, ampunkanlah kami!


" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "

- Surah Ali Imran (3): 185



Saturday, August 14, 2010

ibadah VS makan

JANGANLAH jadikan Ramadhan bulan pesta makan minum
Ramadhan bukan bulan pesta makan dan menjamu selera
Ramadhan adalah bulan pesta ibadah
Ibadah bukan setakat memeriahkan lahirnya sahaja
Hati juga perlu meriahkan dengan rasa kehambaan
Janganlah lahirnya sahaja cerah
Tapi hati kita gelap-gelita
Di masjid di bulan Ramadhan jangan dimeriahkan
dengan berbual-bual dan gelak ketawa
Membawa cerita yang sia-sia
Ia adalah bulan menebalkan rasa tauhid kepada Tuhan
Mempertajam rasa kehambaan di dalam jiwa
Lahirnya meriahkan dengan sedekah
Terutama kepada fakir miskin
Menolong orang yang susah dan derita
Batinnya menanamkan rasa bertuhan yang Maha Kuasa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan an-Nasai)

JOm toPup IbaDah Kaw2 Nye!..




Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates