Friday, July 2, 2010
Thursday, May 20, 2010
Apabila Yang Haram Dihalalkan...
Hari ini tiba2 rasa nak menulis sebab tak tau nak buat ape cuti sehari nh.Cuma apa yang ingin aku perkatakan hari ini ialah tentang isu yang menjadi persoalan dimana perkara yang haram dihalalkan. Cuma yang menjadi persoalannya, kita sering memperkatakan negara kita merupakan sebuah negara islam, segala persidangan yang berkaitan negara islam kita menjadi pengerusinya iaitu yang terbaru forum ekonomi islam yang berlangsung di PWTC, tetapi yang menggemparkan negara kita telah meluluskan lesen perjudian kepada syarikat Berjaya Corp pada minggu lepas. Mengapa perlu menghalalkan yang haram tersebut?teringat aku ketika rancangan “Berfikir Diluar Kotak” oleh syed Munawar di TV1, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan “kami pun tahu pasal hukum” ketika menjawab persoalan tentang wakil rakyat yang tidak menjalankan tanggungjwab selepas menjadi wakil rakyat. Mengapa orang-orang yang “tahu hukum” ini tidak mempersoal sebaliknya berdiam diri dan lebih teruk menyokong dengan tindakan tersebut. Adakah hukum poligami saje yang diorang tahu?....
Sempat aku membaca keratan akhbar The Sun keluaran selasa 18 may time tengah kerja ari tu yang bertajuk “ No more licences”. Paper The Sun nh je yang free, yang lain kne bayar..huhu.. antara statement yang dikeluarkan oleh timbalan menteri kewangan Datuk Chor Chee Heung ialah “ Government would get tax revenue amounting to RM400 million a year” dan satu lagi statement dari Datuk Micheal Chong, ketua badan aduan awam khidmat masyarakat MCA iaitu “ We get from the people, we give back to the people. If we collect bets here, at least the money from gaming tax is used for the locals”
Disini jelas mengapa kerajaan kita meluluskan lessen perjudian ini. Tetapi yang menjadi kekesalannya, mengapa sumber yang haram ini perlu dijadikan salah satu daripada perolehan negra sedangkan negra kita merupakan negara islam?jika betul cukai kepada perjudian ini digunakan kepada masyarakat, tidak mustahil jika pelacuran yang menjadi salah satu sumber pendapatan yang besar kepada negara jiran kita Thailand, akan diluluskan di negara kita ini jika statement2 dan alasan2 seperti ini yang dikemukakan.
Jika kerajaan ingin mengawal dari petaruhan haram, kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi “KAWALAN” adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat. Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa ‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka" dan "Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, jadi jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan untuk mendapat sesuatu"
Kita kena sedar bahawa kelulusan ini lebih membawa kepada perkara yang lebih negative iaitu:
1) Kancah hutang dan masalah kewangan yang lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.
2) Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduhan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,
3) Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.
4) Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘excited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu 'obsess' dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.
5) Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.
6) Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.
7) Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada individu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah di sisi undang-undang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan mudah.
1.
Seperti firman Allah di dalam Al-quran,
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain. Ayuh sahabat2 sekalian, kita teguhkan prinsip dan pendirian kita. Semoga Allah bersama dengan kita semua.Takbir! wallahualam.....
Dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali......

Tuesday, May 11, 2010
Jangan Membenci.....
setiap manusia yang dilahirkan, pasti kesilapan akan dilakukan kecuali para nabi dan rasul. Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat. Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak. Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan. Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkah laku mereka.. Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan.. Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus. Anda setuju? Sebagai contoh: Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Dimana letaknya cara islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah? Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi si B menjadi lagi jauh dariNya. Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun. Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain. Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya. Sayang dan ubah peribadi. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula..=) |
Thursday, April 22, 2010
Islam dan RM10
Ameen yang sedang khusyukbermain guli segera mendapatkan ayahnya.
"Kenapa, ayah?" tanyanya.
"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.
"Koyak duit itu sehingga lumat."
Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.
Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,
"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."
"Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.
Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.
"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"
Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.
Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.
Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Tuesday, April 6, 2010
salam final exam

how about you all my fren???pasti sahabat2 sekalian sudah hampir bersedia bukan??terbaek!tetapi disini ingin saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat2 sekalian,ikhlaskan diri kita dalam menuntut ilmu...janganlah kita belajar kerana exam semata-mata..bangsamu tidak akan maju tanpa ilmu..."knowledge is the key of success"...dan yang pasti ilmu itu juga akan digunakan dalam meletakkan islam di tempat yang paling tinggi..yakinlah..yakinlah dan yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita..beramal kerana Allah...selamat berimtihan(^_^)
Sunday, March 28, 2010
keredhaanMU
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
Sunday, March 21, 2010
sampai bila weh??

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....
Dalam dunia nie, ada 2 benda kita selalu alpa
1)tak pernah bermula
2)tak pernah menghabiskannya
aku bg contoh la...
Abu ada satu syarikat pembinaan dan dalam proses pembincangan untuk melaksanakan sebuah kondo.
dah banyak kali Abu plan dan berbincang dengan pekerjanya, tapi takde hasilnya..(sehinggakan berbulan-bulan).
last sekali, ada seorang pemegang saham syarikat Abu terus amik tindakan gi lawat tapak projek dan mencakul beberapa kali..
baginya, kalau kita nak tunggu semua sempurna, sampai bila-bila pun kondo takkan siap..
so moral dari cite nh kalau kita nak tunggu semua sempurna dahulu baru boleh bergerak mengejar matlamat, memang sampai bila-bila takkan berjaya.
jadi, gerakkan usaha kita. apabila kita dah mengerakkan usaha kita, baru kita boleh capai arah kesempurnaan..=)
bermula dari sekadar impian, dari impian menjadi realiti..dan kadang2 aku pelik kita asyik membincangkan masalah tapi tiada solusi nya..balik2 meeting cite pasal masalah..solusi??tepuk dada tanya iman...kita hanya byk bercakap dari bergerak kerja..maaf bg sape2 yang terasa...sampai bila kita nak camnh??persoalan yang ingin aku lontarkan..jawab sendiri2 la..huhu

