Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam telah menyatakan bahawa Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak lagi akan menapis filem sebelum ditayangkan, tetapi ia diserahkan sepenuhnya kapada pengarah dan penerbit filem itu sendiri. Hal ini berdasarkan kenyataan beliau di akhbar Sinar pada 22 Disember yang lalu. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara. Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.
Respon PMUKM
PMUKM melalui Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaannya, Muhammad Harith menyifatkan tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang ingin ditayangkan adalah tidak wajar dan tidak tepat pada kondisi akhlak anak-anak muda yang membinmbangkan ketika ini.
“Saya mewakili pihak PMUKM dan warga UKM amnya, secara totalnya menolak langkah terbaru daripada LPF untuk tidak menapis filem-filem baru dan kami mendesak supaya LPF menarik balik langkah tersebut bagi mengelakkan pengaruh-pengaruh negatif daripada terus menular. Apa jaminan daripada LPF bahawa pengarah dan penerbit filem akan mempunyai sikap bertanggungawab dalam apa yang telah dipertontonkan? Sedangkan asbab utama mereka hanya meraih keuntungan daripada filem yang ditayangkan. Tatkala moral dan akhlak masyarakat terutama anak muda yang semakin kritikal, keputusan ini seolah-olah mencurahkan minyak kedalam api dan kerajaan Malaysia amnya tidak boleh bersikap lepas tangan tentang perkara ini” katanya
Beliau juga berkata, pihak PMUKM melihat kesan jangka masa panjang terhadap masyarakat terutamanya aspek nilai kehidupan murni, moral dan keagamaan. Sehubungan itu, pihak PMUKM sekali lagi menyatakan pendirian supaya keputusan ini dikaji semula oleh pihak LPF dan Kerajaan Malaysia amnya bagi melahirkan bangsa Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”
0 comments:
Post a Comment