Setelah Mubarak gagal menyuraikan rakyat yang berhimpun di Medan Tahrir, beliau menawarkan tidak bertanding lagi September 2011 (7 bulan) depan. Tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh rakyat kerana tahu Mubarak akan menipu mereka ketika pilihanraya September nanti, bahkan kemungkinan besar sebelum itu. Disaat itu rakyat tidak boleh lagi berhimpun sekuat ini yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah Mesir. Rakyat menuntut Mubarak segera keluar dari Mesir dan biarkan rakyat menentukan masadepan negara. Selagi tiada kemaraan dan serangan rakyat, tentera Mesir tidak bertindak apa-apa, belum menunggu arahan menembak sesiapa.
solat benteng paling ampuh orang mukmin
Jika Rakyat bersurai dan pulang ke rumah sebelum Mubarak kalah :
1. Mereka tidak akan dapat berhimpun seramai itu lagi dimasa akan datang. Mubarak tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali. Rakyat akan ditindas dengan lebih keras dan kejam melalui seluruh jentera kerajaan terutamanya polis.
2. Rakyat akan pulang dalam keadaan hina dina, kemiskinan dan ketiadaan kebebasan akan terus membelanggu mereka dan anak cucu mereka generasi demi generasi. Separuh dari penduduk berjumlah 80 juta berpendapatan kurang dari USD2 (RM6) sehari.
3. Tokoh-tokoh mereka akan dibunuh atau ditangkap dan tidak mudah untuk mencari pengganti yang seperti yang ada pada ketika ini.
Jika Rakyat tidak merubah pendirian sehinggalah Mubarak keluar dari Mesir :
1. Mereka tidak boleh lagi berdiam diri hingga berminggu-minggu di Medan Tahrir dan di tempat-tempat perhimpunan yang lain. Mereka harus terus mara, menguasai seluruh jentera regim Mubarak yang penting terutama Stesen TV, Kementerian Dalam Negeri dan Istana Presiden.
2. Jika jika tentera menghormati perasaan rakyat, berkhidmat untuk rakyat, mereka dengan mudah menguasai keadaan. Rakyat Mesir termasuk tenteranya adalah bangsa yang sayang menyayangi antara satu sama lain. Sekiranya tiada pengaruh asing atau keputusan dari pihak luar, saya percaya tentera akhirnya akan meletakkan senjata dan masuk ke barisan Rakyat. Rakyat akan menang dan Mubarak akan diadili oleh Rakyat.
3. Jika tentera patuh kepada pegawai dan ketua turus mereka untuk menembak Rakyat yang mara untuk menawan Stesen TV, Kementerian Dalam Negeri dan Istana Presiden, sebanyak mungkin peluru akan dimuntahkan ke arah penunjuk perasaan berjumlah jutaan. Ratusan malah ribuan nyawa boleh terkorban namun arus jutaan manusia tiada siapa yang boleh menghalang. Rakyat akan menang dan Mubarak tetap akan diadili oleh Rakyat, tapi dengan lebih keras. Pengaruh asing akan cuba melobi ke arah pilihan ini terutama Israel dan Amerika demi menjaga maslahatnya. Dikatakan Amerika dan Barat ditahap ini sedang memujuk Mubarak untuk melepaskan jawatannya demi mengelakkan pertunpahan darah. Saya mencurigai khabar ini. Jika benar pun, ini lebih bermakna Mubarak memberi laluan kepada timbalannya yang baru dilantik, Umar Sulaiman untuk menjadi Presiden dan terus mengekalkan regimdiktator yang lama. Namun hasrat hakiki yang sebenar ialah tentera Mubarak memuntahkan Semoga Allah swt memenangkan umat Islam dalam berhadapan dengan Kuasa-kuasa besar Dunia dan boneka-bonekanya yang menindas dan menjadikan umat Islam ketinggalan jauh ke belakang dalam persaingan dunia moden. Juga semoga Allah swt memelihara rakyat Mesir dari berlakunya pertumpahan darah yang banyak, menerima mereka yang telah dan bakal terkorban sebagai para Syuhadak, membaiki dan menstabilkan Mesir sesegera boleh selepas huru hara. Semoga Allah swt terus menyelamatkan Mesir selepas daripada itu dari serangan-serangan luar, ekonomi maupun ketenteraan, yang tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap bani insan. Moga negara-negara umat Islam segera menyalurkan persaudaraan dan bantuan yang diperlukan oleh rakyat Mesir dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.
Kata dua dari Syaikh al-Qaradhawi
Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.
Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.
Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.
Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.
Dalam ucapan yang juga ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”. Majulah wahai pejuang-pejuang Allah. Menang atau syahid. Allah bersama dengan orang-orang yang benar..takbir!!!
0 comments:
Post a Comment