Monday, January 31, 2011
As Syahid Imam Hassan Al Banna - Detik Kematian Seorang Pejuang
Sunday, January 30, 2011
As Syahid Imam Hassan Al Banna
Sunday, January 23, 2011
Indahnya hidup dibawah islam
Saban tahun dunia kampus akan bersilih ganti pucuk kepimpinan, dalam tempoh masa setahun itulah mahasiswa akan dilatih untuk diasah bakatnya masing-masing dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pemilihan ini dibuat berdasarkan kecerdikan dan kebijaksanaan seseorang individu atau sesuatu kumpulan dalam hendak menguasai atau menjuarai isu kampus dan isu mahasiswa, sekiranya individu tersebut mampu untuk membawa perubahan kepada daya intelek mahasiswa maka amat mudah untuk meraih kemenangan dalam Pilihanraya Kampus.
Cuba kita mengimbas kembali di zaman kegemilangan mahasiswa pada tahun 70an hingga 90an, rata-rata mahasiswa ketika itu mahukan perubahan yang drastik dan cuba mengubah suasana kampus yang ketika itu dipenuhi dengan unsur-unsur sekularisme dan librealisme kepada suasana Islam yang di mana sekiranya Islam memerintah kampus maka segala unsur-unsur kurang sihat ini akan dibuang. Bukan bermakna bila Islam memerintah, segala kebajikan orang bukan Islam akan terabai dan segala bentuk program non-muslim akan disekat dan ditolak tetapi Islam ada cara yang indah untuk mengatasi masalah ini.
Sebagai contoh, di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., Kota Madinah Al-Munawarah lebih dikenali sebagai kota yang mampu menghimpunkan masyarakat majmuk di dalamnya yang terdiri daripada berpuluh-puluh bangsa Yahudi, nasrani dan lain-lain. Pemerintahan Kota Madinah yang didasarkan dengan Islam mampu menjadikan hukum Islam (hukum Quran) diterima pakai oleh masyarakat majmuk Madinah. Tiada perbalahan berlaku tentang hukum ini kerana hukum Islam bersifat adil kepada semua masyarakat majmuk madinah. Sebagai contoh hukum potong tangan (mencuri) dilaksanakan untuk semua penduduk Madinah manakala hukum yang lain seperti zina, dan meminum khamar adalah untuk dilaksanakan diperingkat Umat Islam sahaja tetapi jikalau orang bukan Islam ingin mengamalkan hukum Islam dalam kehidupan mereka maka Islam membenarkan sekiranya mereka mengkehendakinya. Persoalannya adakah dengan adanya masyarakat majmuk yang ada di kampus mahupun Malaysia, hukum Islam tidak mampu dilaksanakan sedangkan Sirah An-Nabawi telah membuktikan masyarakat majmuk mampu untuk beramal dan berada di bawah naungan Islam.
Pemikiran mahasiswa sekarang ini belum merdeka lagi sekiranya mereka masih lagi beramal dengan pemikiran barat dan secular, lagi-lagilah pemikiran liberal. Pemikiran ini masih lagi di bawah naungan jahilliah moden yang masih bertapa di jiwa seorang mahasiswa. Pemikiran yang merdeka ialah mereka yang membersihkan segala pemikiran anasir-anasir luar dan mampu mengilap jiwa mereka dengan nur Islam. Barulah dikatakan jiwa yang merdeka.
Saya hendak membawa para pembaca sekalian untuk berfikir sejenak berkaitan dengan bagaimana model pemerintahan kampus bila Islam dinobatkan di dunia kampus kita hari ini. Di antara model ialah :
- Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa akan diasah daya inteleknya dengan pemahaman Islam yang bersifat Rabaniyyah.
- Apabila Islam memerintah kampus, golongan bukan Islam akan dijaga hak kebajikannya.
- Apabila Islam memerintah kampus, segala bentuk maksiat/kemungkaran akan dihapuskan.
- Apabila Islam memerintah kampus, suasana kampus akan disinari dengan program-program yang membentuk mahasiswa ke arah taqwa kepada Allah.
- Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa MAMPU menjadikan Islam sebagai ad-Din (cara hidup).
- Apabila Islam memerintah kampus, akan lahirnya graduate yang beriman dan mampu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
Ini di antara model ringkas pemerintahan Islam di kampus yang boleh dijadikan garis panduan kepada semua mahasiswa. Sebenarnya banyak lagi model tetapi ini di antara model asas yang perlu ada dalam sesuatu pemerintahan Islam di kampus.
Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua mahasiswa agar cuba merenungi betapa indahnya Islam bila dijadikan sistem di semua IPT, dan sistem ini mampu membawa mahasiswa ke hadapan dan berfikiran mantang untuk menyelesaikan segala kerumitan isu nasional dan internasional yang dihadapi oleh Negara kita. Mahasiswa adalah agen perubahan kepada system kampus dan mahasiswa juga merupakan suara tajdid (pembaharuan) dalam masyarakat kita hari ini. Mahasiswa yang bijak ialah mahasiswa yang mampu membuat perubahan dan mampu mengubah system kampus yang sekular kepada Islam.
Itulah sebaik-baik mahasiswa.
Friday, January 21, 2011
realisasi varsiti
Memetik kata-kata yang saya petik di blog ; : If I burn your degree certificate, what would you do to prove that you are a graduate? “ (“Sekiranya saya bakar sijil ijazah awak, apa yang awak boleh buktikan pada saya bahawa awak ialah seorang graduan??”)
Memetik kata-kata seorang tokoh negarawan yang hebat, Prof Ungku A. Aziz; “Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”
Apa ‘significant’-nya kita belajar ? Apa keperluan kita belajar ?? Apa ertinya kita belajar ??? Ambil masa, fikirkan. Dan luahkan dengan jujur. adakah demi wang??. Kita belajar di universiti adalah kerana ilmu tetapi kita??adekah kita inginkan ilmu atau kerjja semata-mata??atau melahirkan "robot-robot" pengikut?
Setuju ?
Anda perlu buktikan saya silap.
Dan ingat pesanan ini.
Jangan biarkan diri tenggelam dalam susunan-susunan buku.
Tuesday, January 18, 2011
Menjadi Pimpinan yang "Menjadi"
Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.
Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]
Item pertama pemimpin ialah iman.
Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.
Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.
Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.
Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.
Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.
Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.
Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.
Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].
Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.
Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.
Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.
Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.
Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.
Sunday, January 16, 2011
love them..
Alhamdulillah syukur padaMU ya Rabb kerana aku masih diberikan peluang olehMU untuk terus menarik sebanyak mungkin gas oksigen ciptaanMu. Meskipun diri ini sering alpa dan lalai. Dosa yang tidak terhitung banyaknya, janji taubat yang sering aku mungkiri tapi Kau tetap memberikan aku peluang kehidupan yang penuh dengan limpahan rahmatMU.
Hari ini aku berpeluang untuk pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Tidak tahu kenapa diri ini ditarik-tarik untuk pulang kerumah sejak 2 hari yang lepas. Namun atas tanggungjawab dan komitmen yang lain, aku biarkan saja. Tetapi hari ini lepas saja solat subuh, aku terus berkemas untuk pulang ke rumah. Pergerakan yang tidak dijangka. Dan dengan bantuan “kuda”ku, aku redah highway PLUS sepanjang 35km untuk pulang ke rumah. Ternyata kepulangan aku ke rumah mengejutkan ibu bapa ku tetapi disambut dengan senyuman yang sangat manis. Ahhh!!senyuman itu. Senyuman yang mampu menghilangkan keletihan aku menunggang “kuda”ku. Terus ditanya oleh abahku “ Dari mana? Dah makan ke belum??”. Hanya gelengan aku menjawabnya. Ibuku tanpa lengah menyediakan makanan untuk anaknya ini. Memang tidak dapat disembunyikan riak gembira diwajah mereka. Bahagia! Perkataan yang mampu aku ungkapkan.Terasa sangat-sangat tenang bila bersama dengan mereka.
kasih sayang hingga ke syurga
Namun dalam kebahagiaan itu, kadang-kadang aku terfikir adakah aku MAMPU untuk melakukan pada mereka dengan segala apa yang mereka telah lakukan kepadaku sepanjang hidupku. Ibuku, melahirkan diriku. Abahku, mengalunkan azan ditelingaku supaya perkataan pertama menjengah telingaku adalah nama ALLAH sang pencipta alam. Cukup sekadar 2 perkara tersebut. Tidak termasuk makan minum,perbelanjaan harian dan didikan yang mereka berikan kepada diriku. Tanpa kenal jemu melayan kerenahku yang kadang-kadang melampaui batas keadaan. Namun tidak sekali mereka menyisihkan diri ini. Persoalannya, adakah aku mampu untuk membalas segala-galanya?TIDAK. memang tidak terdaya dan mampu untuk aku membalasnya. Mana kan tidak, bila sibuk dengan tugasan harian di university, sering aku lupa akan mereka. Bila ditegur, mudah sekali aku darah muda ini naik. Satu kelemahan yang aku akui sangat sukar untuk aku atasi. Sedayaku untuk mengubahnya. Belum lagi jika aku diuji dengan kerjaya dan rumah tangga pada masa hadapan. Adakah mampu aku lakukan seperti mana mereka lakukan kepada diriku?
Tiada apa yang aku mampu berikan kepada mereka. Apa yang aku mampu janjikan ialah selagi diri ini bernafas, selagi itulah akan aku tunaikan tanggungjawabku kepada mereka. Jika ditakdirkan Allah mengambil diriku terlebih dahulu, aku harapkan doa dan didikan mereka mampu untuk melindung aku dari seksaan mungkar dan nangkir di kubur nanti. Aku sedar tanggungjawabku sangat besar kepada mereka. Seperti kata-kata Allah dalam surah Luqman ayat 14:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”
Akhir kalam, hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup dan aku sentiasa berdoa supaya aku diberikan ruang dan pelung untuk melaksanakan sepenuh tanggungjawabku kepada mereka tanpa sebarang balasan. Insyallah. wallahualam
Thursday, January 6, 2011
Keinginanku...
Andainya aku ingin memilih pasangan, aku mahukan yang buta pada matanya, yang pekak pada telinganya, yang bisu pada lidahnya, yang cacat pada derianya, yang kudung pada tangannya, yang lumpuh pada kakinya...orang akan berkata padaku GILA!
Biar apa orang kata, biar seluruh manusia memandang jelek terhadap aku dan dia, yang penting cinta aku pada dia takkan berubah. Dan cinta kami pada Rabbi akan terus bertambah..
Yang BUTA pada matanya itu adalah yang tidak pernah teringinkan untuk melihat keseronokan dunia yang hanya mendatangkan dosa. Yang PEKAK pada telinganya adalah yang bencikan segala umpatan, hasutan, fitnah dan segala kejahatan mulut manusia menabur kata-kata. Yang CACATpada derianya adalah yang sentiasa menjauhkan dirinya dari segala sentuhan maksiat. Yang KUDUNG pada tangannya adalah yang memelihara segala anugerah tuhan padanya dari segala perkara yang keji dan dimurkai Allah. Yang LUMPUH pada kakinya adalah yang sentiasa menjaga langkahnya agar tidak menuju pada jalan daripada jalan-jalan neraka.
Ingin mendapat YANG TERBAIK, aku mestilah menjadi YANG TERBAIK . Dan sedang berusaha menjadi YANG TERBAIK.Insyallah.peace!
P/S: HIDUP MATIKU KERANA MU YA ALLAH..TIADA YANG MELEBIHI KECINTAANKU KEPADAMU.
*sekadar coretan selepas subuh
Tuesday, January 4, 2011
more or better???
Terdapat sebuah kisah, seorang anak muda yang tinggal di kampung yang serba kekurangan dan rumah yang boleh diroboh jika ditiup angin kencang, akhirnya meninggalkan keluarganya buat sementara waktu untuk berhijrah ke bandar demi mencari rezeki. Akhirnya, dengan setiap titisan penat lelahnya, anak muda tersebut mampu mengirimkan wang saku kepada kedua ibubapanya di kampung. Semakin lama, semakin murah rezeki anak muda itu. Maka, semakin bertambahlah jumlah kiriman ke kampung. Setelah beberapa tahun diperantauan, anak muda ini kembali semula ke kampung halamannya untuk menziarah keluarganya. Alangkah terkejutnya kerana sebaik sahaja menurunkan kaki di halaman rumah, saiz rumah semakin besar tetapi KUALITI masih sama- (boleh roboh jika di tiup angin).
Cerita diatas sebagai pembuka bicara buat kita semua.
Cuba kita perhatikan betul-betul perkataan "kualiti" tersebut. Mengapa ia di "highlight" kan?
Hidup ini perlukan perubahan
Ya, memang benar, hidup ini perlukan perubahan untuk kita terus berjaya. Tetapi, ada satu elemen yang perlu kita fahami iaitu "kita perlu mengubah kualiti, bukan sekadar hanya kuantiti".
MORE tidak semestinya bermaksud BETTER. Setuju?
Tertarik dengan satu ayat di dalam buku 365 recipes that will make you THINK POSITIVE, penulis ini mengatakan bahawa, " Cosmestic improvements are meaningless; it is internal advancement we seek."...
Pembaikan itu kurang bermakna, tetapi kemajuan itu yang perlu kita kejari.
Mengapa?
Dalam Islam sendiri mengajar kita agar "jadikan dirimu pada hari ini lebih baik daripada semalam". Jika kita hanya mengejar pembaikan sahaja dalam hidup kita, kita akan menjadikan diri kita ini tidak pernah menjadi maju. Tetapi, jika kemajuan itu menjadi matlamat utama kita, insyaAllah, setiap hari dan setiap waktu, diri kita sendiri akan berusaha menjadi yang lebih baik daripada semalam. Malah, secara tidak langsung, ia memperbaiki diri kita secara AUTOMATIK.
Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
Kesimpulan
Semasa kita ingin melakukan perubahan, pastikan kita tidak menambah benda yang sama berulang kali (kuantiti) , tetapi kita perlu berusaha menambah kuantiti yang ada pada diri kita.
AYUH BERSATU BERUBAH!(^_^)v