Sunday, October 10, 2010

Husnuzhanlah dengan apa yang menimpa kamu...


Entry kali ini, ingin aku kongsikan sebuah kisah yang ringkas tapi padat dengan isinya. Ia berkaitan dengan apa yang menimpa kita. Walau apa yang berlaku samada buruk atau baik, janganlah kita terus menerus menyalahkan takdir kerana insyaAllah apa yang berlaku itu pasti mempunyai rahmat disebalik kejadian. Bersangka baiklah kepada setiap ketetapan Allah, mudah-mudahan, apa yang kita lakukan itu dan bersabar akan dibalas dengan sebaiknya oleh Yang Maha Pencipta Kita. Amin~

Didalam sebuah kerajaan yang besar, terdapat seorang menteri yang benar-benar baik serta patuh kepada suruhan agama islam. Menteri ini menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan adil serta selalu menyebutkan perkataan "baik" apabila berlaku musibah atau kebaikan. Suatu hari, si raja terkena pisau di jari lalu beliau bertanyakan hal ini kepada menteri tersebut. Kemudian si menteri ini menjawab,
"Mungkin ini yang terbaik untuk tuanku."
Terus, si raja ini berasa sangat berang lalu terus memenjarakan menteri tersebut.
Pada malam si menteri ini dipenjara, si raja kerajaan ini datang kepada beliau untuk bertanya samada si menteri ini sudah berubah fikiran dan mahu meminta maaf kepadanya.
Namun ternyata, si menteri itu masih menjawab,
"Ia baik untuk tuanku,"
Akibat daripada ucapan "baik" itu, si raja telah menintahkan menteri itu untuk terus dipenjara.

Suatu hari, si raja ini keluar memburu bersama menteri yang baru. Tetapi si raja telah jauh meninggalkan menteri yang baru itu kerana menteri tersebut tidak cekap menunggang kuda. Hanya menteri yang telah dipenjara itu sahaja yang mempunyai kecekapan menunggang kuda sama seperti si raja tersebut. Akhirnya, si raja itu telah tersesat di dalam hutan kerana telah pergi terlalu jauh dari menteri barunya itu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, si raja tersebut telah ditangkap oleh puak orang hutan lalu di hantar untuk dikorbankan dalam upacara agama puak orang hutan tersebut. Namun, ketika raja tersebut ingin dikorbankan, salah seorang dari orang puak hutan telah memeriksa badan raja tersebut. Ternyata, terdapat balutan luka ditangan raja tersebut. Lalu raja tersebut dilepaskan kerana bagi kepercayaan orang puak hutan itu, hanya manusia yang sempurna sahaja yang layak untuk dikorbankan kepada tuhan mereka.

Akhirnya, raja tersebut dibebaskan dan berjaya menemui semula istananya. Sesampai di istana, beliau segera pergi ke penjara bawah tanah lalu dilepaskan menteri yang telah dipenjara itu.
"Beta berasa berterima kasih kerana dengan luka di tangan beta lah, beta terselamat daripada dikorbankan," kata raja tersebut.Lalu menteri itu menjawab,
"Tuanku, segala yang berlaku itu termasuk buruk atau sebaliknya, pasti ia membawa kebaikan kepada kita semua.." balas menteri tersebut.




0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates