Sunday, December 2, 2012

Sekadar coretan....


Sudah terlalu lama aku tidak menjenguk medan penulisan ini. Sudah hampir setengah tahun rasanya. Post yang terakhir ketika aku final year di UKM. Ahhhh~ rindunya suasana kampus dikelilingi sahabat-sahabat seperjuangan, asgmnt, thesis, program-program ilmu dan pelbagai lagi la. Terkadang tersenyum sendiri bila teringat hal-hal yang berlaku ketika alam kampus. Bila mula menjejakkan kaki di alam pekerjaan, ia pada satu suasana dan kondisi keterbatasan yang sangat berbeza. Terlalu sibuk dengan task yang diberikan. Most of the time bekerja 7 hari seminggu, pergi tak nampak matahari balik pon tak nampak matahari, on call, report, trouble shooting etc. Engineering Life~haha.. tapi selagi ada perkara yang aku boleh belajar, tiada masalah bagi aku. Di usia muda ini cuba untuk menggali sedalam mungkin ilmu dan pengalaman sepanjang bekerja untuk digunakan untuk islam suatu hari nanti. Continuous learning...

Allah berfirman:

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)”
Al-Jumuah ayat 10



 Semoga Allah redha dengan setiap langkahku.........


p/s : Sekadar coretan pendek untuk mencari mood menulis kembali :)

Wednesday, June 13, 2012

"Aku yang tak peduli"


Satu dua tiga. Tembak! Boom! Hancur bangunan itu. Bunuh mereka yang memberontak, yang mengancam dan segala bagai. Ini realiti di Syria dan pembersihan etnik muslim Rohingya. 


Malaysia? Kita bunuh jiwa umatnya. Biar tidak hidup...

Adakah kita sedang menyaksikan kemunculan satu generasi yang tidak kisah???

YA!!!!!

" tu syria bro! Malaysia aman damai sejahtera berkebajikan bagai"....



" ha! ade perang kt syria? takutnyeeeee~"



"gua bz der...gua dh final yr...awek xde lagi ni kot"



" eh neelofa dah ade balak baru...hensemnyeeee~...puii!"

" Anwar ibrahim diminta menjelaskan aset berbilion beliau..bla...bla..anwar songsang..bla..bla..Najib PM terhebat...bla..bla..Najib hensem..bla..bla.. - TV3 suku "



" Myanmar pon ade chaos ke??tu la demo lagi...Bersih 3.0 macam tu la"




Aku yakini isu yang berbulan dan berkulat lama ini ramai yang tidak tahu..ada yang mungkin tahu tapi dipekakkan telinga dibisukan mata..nah! aku hamparkan kepada manusia-manusia bernama " Rakyat 1 Malaysia"




Marwah 'Adil Bahar mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Basyar



Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama





dibakar hidup-hidup oleh rejim Basyar laknatullah



biar gambar berbicara.....



Penyingkiran etnik muslim Rohingya di Myanmar



Tak pedulisme ialah jenayah jiwa yang sangat keji. Hidup hanya dengan memikirkan tembolok sendiri - Ridhuan Mohd Nor




“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
(Riwayat At-Tabrani)




Pemimpin! teruslah melekakan rakyat anda.....

owh lupa! " apa aku peduli ".....sebab " Aku yang tak Peduli"!...

Tapi aku Muhammad Harith peduli !


p/s : setakat maki-hamun dengan apa yang berlaku tanpa ada perubahan pada diri. Seolah-olah tiada guna...sekian

































Saturday, May 5, 2012

Tentang Hidup



Pernahkah anda semua berfikir atau mengimbau tentang persoalan tentang hidup; seperti hidup ini sebenarnya apa? Kita semua sedar akan hakikat bahawa semua benda atau perkara dalam dunia ini kena fikir. Malah ada di antara kita yang berfikir lebih extrem dengan menganggap bahawa semua benda itu payah, semua hal itu menyusahkan. Tapi pernahkah kita semua berfikir dengan akal fikiran yang sihat mengapa hidup ini kena begitu?

Kita semua sedia maklum, hidup ini adalah satu tanggungjawab yang amat besar. Semua ada sebabnya dan ada akibat daripadanya. Kalau hendak dipermudahkan dari segi bahasa, jelas sebab, jelaslah akibatnya.

Namun, cara yang terbaik untuk menempuh hidup dalam keadaan seperti ini, kita lebih memilih untuk memilih akibat melalui sebab.

Kita tidak boleh gembira setiap masa. Ada masa kita pasti akan bersedih juga. Kalau kita tidak pernah berasa sedih, tidak ada nikmatlah kita hendak merasakan erti sebenarnya sesebuah kegembiraan. Kalau daripada sedih kita hendak gembira, adalah caranya. Ingat Tuhan kita, Allah SWT sebagai satu contoh yang utama. Apabila kita gembira setiap masa, kebarangkalian lupa Allah SWT itu tinggi.



Malah kita juga sudah dikira menzalimi diri kita sendiri. Dan dengan sebab hendak gembira setiap masa itulah, kita tidak pernah rasa erti sebenar gembira. Sebab macam yang saya kata tadi; hanya yang bersedih sahaja yang tahu erti seronoknya gembira. Tidak semua yang kita hajati itu kita akan perolehi kerana Allah lebih tahu apa yang TERBAIK untuk diri kita. Cumanya hanya SABAR. Ya sabar! memang sukar tapi perlu dilakukan.

Kita ambil apa yang ada untuk diri kita. Itulah maksud sebenarnya hidup. Itu maksud tanggungjawab. Apa yang larat kita tanggung dan apa yang larat untuk kita jawab. Kalau kita mahu lebih daripada kemampuan, kita pasti akan tewas sebelum sampai ke garisan penamat. Kalau kita cuma ambil sedikit daripada apa yang sepatutnya kita tanggung, takut nanti tidak cukup pula apabila kita kena jawab.

Hidup di sini hanyalah sementara. Seronok macam mana pun hakikatnya hanya sekejap sahaja. Kehidupan kita di sana nantilah yang sudah jelasnya kekal abadi. Dunia ini hanya penjara bagi orang mukmin.

APALAH SANGAT DENGAN SEDIKIT KESABARAN PADA DIRI JIKA HENDA DIBANDINGKAN DENGAN KESABARAN ALLAH KEPADA SEGALA DOSA-DOSA YANG TELAH KITA LAKUKAN

Tuesday, April 17, 2012

Tetap..

 

Jika kebahagiaan di dunia, hanya sesaat saja...Lalu kenapa kita harus rela, menukarnya dengan timbunan dosa yang bermuara kepada siksa abadi di jahanam sana..

Jika kesusahan di dunia, hanya sementara...Lalu kenapa kita hendak berhenti bersabar menghadapinya...Padahal buah kesabaran adalah manisnya nikmat abadi di Jannah-Nya..

my life is not special with others
but i hope that my life is always better than before
i don't wanna make a mistake twice

Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah... Hati kita masih peka dan lembut untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan...Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur? Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.Sekian..

Selamat pagi dunia..thanks to Allah..ALHAMDULILLAH (^_^)

Tuesday, March 27, 2012

Hidup untuk Hidup der!





 


Kata bijak pandai, kehidupan umpama satu pelayaran. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Oleh sebab itu bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera akan terolang-aleng lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Kita tidak akan gusar betapapun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya.



Maka begitulah dalam menghadapi ujian hidup… kita tidak akan bimbang sekiranya iman di hati tetap mantap. Diri tidak akan hilang kawalan. Kita akan terus menghadapi segalanya dengan penuh keyakinan. Berpegang kepada prinsip:



Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

 Dengan iman, kita punya keberanian – hidup selagi hidup! Jika tidak, kita akan menjadi umpama bangkai bernyawa, yang hidup segan, mati tak mahu. Tanpa iman, kita menjadi pengecut – menjadi orang yang berani mati kerana takut hidup...kalau korang rasa tak betul jangan baca blog aku! :p

Wednesday, March 14, 2012

Bila berbicara mengenai usaha mendapatkan hidayah dan jodoh..


Hidayah itu milik mutlak dari Allah swt. Tiada satu mahluk pun mampu untuk memberikan hidayah kepada hamba-hambaNya. Tetapi hairan, ramai diantara kita sanggup berusaha keras, bekerja 24 jam sehari semata-mata untuk "tackle" manusia yang kita cintai. Pelbagai kata-kata puitis "tidak sabar menunggu kamu dihatiku.." didendangkan, malah duit pun sanggup dikorbankan, asalkan "dapat" menawan hati itu.

Dan berbeza pula dengan suasana sekarang, perkataan "hidayah" amat sukar didengari. Bila sebut sahaja soal hidayah, majoriti manusia akan berkata "aku tengah tunggu hidayah ni.. tak sampai lagi kat dalam hati.."
Sedangkan, hakikat hidayah itu perlu usaha dari setiap individu, bukannya datang jatuh ke riba.

Sekadar renungan..

#Alangkah indahnya sekiranya ayat-ayat rindu kepada manusia ditukar rindu kepada Pemilik hati-hati manusia. 

Sekadar coretan di pagi hari  =)


Tuesday, January 17, 2012

MERENUNG PERIBADI KHALID AL WALID YANG BELAJAR DARI KESALAHAN



Yalamlam merupakan salah sebuah kawasan berbukit di sebelah utara Makkah, kira-kira 2 marhalah (92 km) sebelum sampai ke Tanah Haram. Ia merupakan tempat bagi masyarakat Islam di sekitar Yaman ber-miqat. Sekitar perjalanan antara Makkah ke Yalamlam, ada satu kawasan yang namanya Ghuraisa, iaitu sekitar jarak 15 km sebelum sampai ke Yalamlam. Di sinilah berlaku peristiwa sariyyah (peperangan yang tidak disertai Nabi) yang diingati sebagai hari Ghuraisa, peristiwa yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 Hijriah, peristiwa yang mengimbas kembali kesalahan serius yang dilakukan oleh Khalid bersama 350 tentera berkuda yang terdiri di kalangan Muhajirin dan Ansar serta Bani Sulaim.
Ketika itu Khalid baharu selesai membinasakan berhala Uzza setelah diperintah Rasulullah S.A.W, dan kini beliau mendapat arahan daripada Rasulullah lagi untuk bertemu Kabilah Bani Juzaimah yang tinggal di Yalamlam agar mengajak mereka kepada dakwah Islam. Arahan tersebut diterima oleh Khalid pada 25 Ramadhan, dan setelah tiba bulan Syawal Khalid bersama para tenteranya berangkat menuju Yalamlam. Apabila sampai ke Ghuraisa, mereka telah terserempak dengan kabilah Bani Juzaimah yang lengkap bersenjata.
Kabilah Bani Juzaimah terkenal dengan sikap ganas dan 'gedebe' - samseng. Mereka pernah melakukan jenayah pembunuhan ke atas bapa saudara Khalid bin Al Walid bernama Fakih, dan juga membunuh bapa Abdul Rahman bin Auf. Ketika mereka melihat Khalid bersama 350 orang tentera ketika itu, timbul keraguan dalam hati mereka bahawa ada kemungkinan Khalid akan membalas dendam atas perbuatan mereka. Padahal Khalid bertemu mereka atas arahan Rasulullah S.A.W, iaitu untuk mengajak mereka masuk Islam. Lalu apabila Khalid Al Walid bertanya kepada Kabilah Bani Juzaimah tentang siapakah mereka, mereka menjawab dengan tidak menggunakan bahasa Arab fasih yang lazim dengan sebutan, "Aslamna" (yakni kami telah masuk Islam).
Sebaliknya menyebut, "Shoba’na" (istilah masuk Islam yang tidak digunakan oleh masyarakat Quraish). [ Rujuk Ibnu Hajar Al Asqolani,Fathul Bari 8/57 ]
Khalid bin Al Walid tidak memahami jawapan Bani Juzaimah itu, kemudian Khalid bertanya lagi, "Mengapa kamu membawa senjata? Adakah kamu hendak berperang?"
Kabilah Bani Juzaimah menjawab, "Kami berada di dalam krisis permusuhan dengan orang-orang Arab Badwi di sekitar perkampungan ini. Kami tersalah anggap, pada awalnya kami ingatkan kamu adalah musuh".
Khalid kemudiannya memerintahkan kabilah Bani Juzaimah meletakkan senjata mereka dan terus menawan mereka. Selepas itu tawanan tersebut dibahagikan kepada setiap anggota tenteranya di kalangan Ansar, Muhajirin dan Bani Sulaim. Ketika menjelang waktu Subuh, Khalid memerintahkan supaya tawanan tersebut dibunuh. Tentera dari Bani Sulaim menuruti arahan Khalid iaitu membunuh tawanan mereka, manakala tentera Ansar dan Muhajirin membebaskan tawanan tersebut tanpa mentaati arahan Khalid bin Al Walid, kerana tahu tawanan tersebut telah memeluk Islam, tetapi hal tersebut tidak difahami oleh Khalid yang ketika itu mengetuai sariyyah tersebut.
Hal ini disampaikan kepada Rasulullah S.A.W, lalu dengan perasaan duka Baginda bertanya, "Adakah di kalangan kamu ada orang yang membantah tindakan Khalid itu?!!".
Mereka menjawab, "Ada wahai RasulAllah, Abdullah bin Umar bin Salim telah membantah tindakan Khalid".
Mendengar jawapan tersebut, Baginda S.A.W berdoa kepada Allah, "Ya Allah, aku berlepas diri (mohon perlindunganMu) dari apa yang telah dilakukan oleh Khalid bin Walid". [ Rujuk Sahih Bukhari, Kitab Maghazi bab Ba’athsa An Nabi Khalid Bin Al Walid, No:4339 ].
Apa yang jelas, Rasulullah S.A.W tidak setuju tragedi pembunuhan itu berlaku. Hal itu adalah kesalahan yang telah dilakukan oleh Khalid bin Al Walid. Kemudian Rasulullah pun memerintahkan Ali bin Abi Thalib ke perkampungan Bani Juzaimah, memohon maaf, memberikan tebusan (diyat), menenangkan mereka, dan membetulkan insiden yang telah berlaku itu kerana Khalid telah melakukan perkara yang salah. Segala kerosakan dan ganti rugi dilunaskan oleh Ali bin Abi Talib, sama ada harta itu berbentuk unta dan perak, termasuklah bekas untuk minuman anjing sekalipun, bahkan diberikan lebih daripada itu setelah dimaklumkan segala harta yang musnah.
Begitupun apa yang dilakukan oleh Khalid bin Al Walid tidak berhak dihukum qisas kerana tindakan yang dilakukannya mengandungi syubhah dan takwil, sama seperti yang berlaku terhadap Usamah bin Zaid semasa beliau membunuh seorang lelaki yang telah mengucapkan syahadah kerana menyangka lelaki itu hanya berpura-pura untuk mengelak dibunuh. Rasulullah S.A.W memarahi tindakan Usamah R.A, namun Baginda tidak pula menghukum Usamah. Hal ini menerangkan kepada kita bahawa setiap kesalahan yang dilakukan itu tidak sama levelnya, sebagai contoh orang yang murtad. Orang murtad kerana kejahilan diri dan nafsunya, berbeza dengan orang yang murtad kerana mahu memerangi dan menjatuhkan Islam. Begitulah juga orang yang membunuh kerana tersilap perkiraan, berbeza dengan orang yang membunuh kerana rasa sombong dan angkuh.


Abdul Rahman bin Auf Menegur Perbuatan Khalid
Peristiwa ini menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara Khalid dan Abdul Rahman bin Auf. Kata Abdul Rahman bin Auf kepada Khalid, "Kamu orang Islam tetapi telah melakukan kerja jahiliyyah".
"Tidak! Aku lakukan kerana membalas perbuatan mereka terhadap pembunuh bapamu!", jawab Khalid.
"Pembohong!! Aku telah membalas terhadap pembunuh bapaku. Kamu sebenarnya Khalid, telah membunuh orang yang telah memeluk Islam kerana kesalahannya membunuh seorang sahaja di zaman jahiliyyah-nya", kata Abdul Rahman bin Auf.
"Siapa yang mengatakan bahawa mereka telah Islam??", Khalid terpinga-pinga dengan jawapan Abdul Rahman.
Jawab Abdul Rahman lagi, "Semua anggota tentera memberitahu bahawa mereka (Bani Juzaimah) menjawab persoalanmu (ketika berada di Ghuraisa) bahawa mereka telah Islam dan mendirikan masjid! Sebenarnya kamu-lah Khalid yang menuntut bela terhadap pembunuhan bapa saudaramu Fakih!!"
"Tidak! Aku lakukan demi arahan Rasulullah", Khalid menafikan.
Khalid masih sahaja menganggap apa yang dilakukannya itu benar. Mungkin kerana beliau digelar "pedang Allah" (SaifuLlah), menyebabkan Khalid begitu percaya bahawa kebenaran sentiasa berada di sisinya. Namun, Abdul Rahman bin Auf juga memiliki reputasinya yang tersendiri, beliau adalah salah seorang "as sabiqunal awwalun" (orang yang terawal memeluk Islam) dan juga termasuk sepuluh orang Sahabat yang dijamin masuk syurga. Tetapi, pertikaian demi pertikaian tetap juga berlaku sehingga tanpa sedar Khalid menolak kata-kata Abdul Rahman bin Auf secara agresif.
Hal ini akhirnya Rasulullah S.A.W campurtangan dan menyedarkan Khalid, "Berhentilah wahai Khalid. Jangan memaki Sahabatku. Demi Allah, jika kamu meng-infaqkan derma sebesar bukit Uhud, nescaya kamu tetap tidak dapat mampu menyamai walaupun satu cupak infaq mereka, tidak juga separuhnya" [ Rujuk Sirah Ibnu Hisham 2/431 ].
Khalid terdiam dan tersedar kesilapannya. Sehebat manapun gelaran "SaifuLlah", ia tetap tidak memberikan ada apa-apa kelebihan jika dibandingkan dengan pengorbanan generasi Sahabat yang pertama memeluk Islam. Hal ini menyebabkan Khalid mengenali dirinya, menginsafi sikapnya, memuhasabah salah dan silapnya. Dari peristiwa ini Khalid bin Al Walid mendapat pelajaran yang sangat berharga sebagai panduan hari muka.


Benar. Khalid bin Al Walid memang belajar dari peristiwa itu, Khalid betul-betul menginsafi kesalahannya. Maka lembaran-lembaran sejarah berikutnya di dalam sejarah peperangan yang dilalui oleh Khalid, beliau lebih matang dan dewasa. Sepanjang peperangan yang dilalui oleh Khalid sehinggalah ke zaman kekhalifahan Umar Al Khattab, prestasi Khalid Al Walid dipenuhi dengan kegemilangan dan kebanggaan tanpa berlaku kesalahan-kesalahan yang sama seperti yang dilakukannya terhadap kabilah Bani Juzaimah. Bukan sahaja kematangan beliau di medan perang, malah lebih dari itu lagi, Khalid bin Al Walid memiliki kematangan ruhiyah yang luar biasa. Hal itulah yang diabadikan sejarah saat Khalid dipecat Umar sebagai komander perang di saat perang Tabuk. Khalid terus berperang sekalipun dipecat dari jawatan tertinggi, malah lebih gigih lagi di belakang pimpinan Abu Ubaidah bin Jarrah.
"Aku berperang mengharap keredhaan Allah, bukan menagih keredhaan manusia".
Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Besar atau kecil. Sengaja ataupun tidak sengaja. Yang menjadi masalah adalah, apakah kesalahan itu menginsafkan kita atau tidak. Adakah kita bertaubat atau mengulanginya dengan penuh bongkak. Belajarlah dari kesalahan itu sehingga menjadikan penilaian kita lebih matang dan dewasa, justeru hal itu tidak menyebabkan kita mengulangi kesalahan yang sama dan bersikap kekanak-kanakan selama-lamanya. Para salafus soleh selalu memuhasabah diri sebelum tidur. Maka, kesalahannya dapat diperbetulkan semula kurang dari 24 jam. Mereka cepat bertaubat, segera mengambil ibrah, membersihkan segala kekotoran sehingga menjadikan jiwa semakin matang, luas pemikirannya seiring zaman yang mereka lalui.

Bagaimana pula kita? Adakah kita belajar dari kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan? - TARBAWI

sumber: http://www.tarbawi.my/


Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates