Monday, January 31, 2011

As Syahid Imam Hassan Al Banna - Detik Kematian Seorang Pejuang


Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri.

Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat.

Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul.

Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. Antara pesan beliau yang terakhir:


"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."


sumber: Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna

Sunday, January 30, 2011

As Syahid Imam Hassan Al Banna


Semarak Perjuangannya Masih Terasa Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam MusliminKeluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..Menubuhkan lkhwan MuslimPada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan HassanAl Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-BannaPengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi.

Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna.Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

bersambung...

sumber:Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna

Sunday, January 23, 2011

Indahnya hidup dibawah islam



Saban tahun dunia kampus akan bersilih ganti pucuk kepimpinan, dalam tempoh masa setahun itulah mahasiswa akan dilatih untuk diasah bakatnya masing-masing dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pemilihan ini dibuat berdasarkan kecerdikan dan kebijaksanaan seseorang individu atau sesuatu kumpulan dalam hendak menguasai atau menjuarai isu kampus dan isu mahasiswa, sekiranya individu tersebut mampu untuk membawa perubahan kepada daya intelek mahasiswa maka amat mudah untuk meraih kemenangan dalam Pilihanraya Kampus.

Cuba kita mengimbas kembali di zaman kegemilangan mahasiswa pada tahun 70an hingga 90an, rata-rata mahasiswa ketika itu mahukan perubahan yang drastik dan cuba mengubah suasana kampus yang ketika itu dipenuhi dengan unsur-unsur sekularisme dan librealisme kepada suasana Islam yang di mana sekiranya Islam memerintah kampus maka segala unsur-unsur kurang sihat ini akan dibuang. Bukan bermakna bila Islam memerintah, segala kebajikan orang bukan Islam akan terabai dan segala bentuk program non-muslim akan disekat dan ditolak tetapi Islam ada cara yang indah untuk mengatasi masalah ini.

Sebagai contoh, di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., Kota Madinah Al-Munawarah lebih dikenali sebagai kota yang mampu menghimpunkan masyarakat majmuk di dalamnya yang terdiri daripada berpuluh-puluh bangsa Yahudi, nasrani dan lain-lain. Pemerintahan Kota Madinah yang didasarkan dengan Islam mampu menjadikan hukum Islam (hukum Quran) diterima pakai oleh masyarakat majmuk Madinah. Tiada perbalahan berlaku tentang hukum ini kerana hukum Islam bersifat adil kepada semua masyarakat majmuk madinah. Sebagai contoh hukum potong tangan (mencuri) dilaksanakan untuk semua penduduk Madinah manakala hukum yang lain seperti zina, dan meminum khamar adalah untuk dilaksanakan diperingkat Umat Islam sahaja tetapi jikalau orang bukan Islam ingin mengamalkan hukum Islam dalam kehidupan mereka maka Islam membenarkan sekiranya mereka mengkehendakinya. Persoalannya adakah dengan adanya masyarakat majmuk yang ada di kampus mahupun Malaysia, hukum Islam tidak mampu dilaksanakan sedangkan Sirah An-Nabawi telah membuktikan masyarakat majmuk mampu untuk beramal dan berada di bawah naungan Islam.

Pemikiran mahasiswa sekarang ini belum merdeka lagi sekiranya mereka masih lagi beramal dengan pemikiran barat dan secular, lagi-lagilah pemikiran liberal. Pemikiran ini masih lagi di bawah naungan jahilliah moden yang masih bertapa di jiwa seorang mahasiswa. Pemikiran yang merdeka ialah mereka yang membersihkan segala pemikiran anasir-anasir luar dan mampu mengilap jiwa mereka dengan nur Islam. Barulah dikatakan jiwa yang merdeka.



Saya hendak membawa para pembaca sekalian untuk berfikir sejenak berkaitan dengan bagaimana model pemerintahan kampus bila Islam dinobatkan di dunia kampus kita hari ini. Di antara model ialah :

  1. Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa akan diasah daya inteleknya dengan pemahaman Islam yang bersifat Rabaniyyah.
  2. Apabila Islam memerintah kampus, golongan bukan Islam akan dijaga hak kebajikannya.
  3. Apabila Islam memerintah kampus, segala bentuk maksiat/kemungkaran akan dihapuskan.
  4. Apabila Islam memerintah kampus, suasana kampus akan disinari dengan program-program yang membentuk mahasiswa ke arah taqwa kepada Allah.
  5. Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa MAMPU menjadikan Islam sebagai ad-Din (cara hidup).
  6. Apabila Islam memerintah kampus, akan lahirnya graduate yang beriman dan mampu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ini di antara model ringkas pemerintahan Islam di kampus yang boleh dijadikan garis panduan kepada semua mahasiswa. Sebenarnya banyak lagi model tetapi ini di antara model asas yang perlu ada dalam sesuatu pemerintahan Islam di kampus.

Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua mahasiswa agar cuba merenungi betapa indahnya Islam bila dijadikan sistem di semua IPT, dan sistem ini mampu membawa mahasiswa ke hadapan dan berfikiran mantang untuk menyelesaikan segala kerumitan isu nasional dan internasional yang dihadapi oleh Negara kita. Mahasiswa adalah agen perubahan kepada system kampus dan mahasiswa juga merupakan suara tajdid (pembaharuan) dalam masyarakat kita hari ini. Mahasiswa yang bijak ialah mahasiswa yang mampu membuat perubahan dan mampu mengubah system kampus yang sekular kepada Islam.

Itulah sebaik-baik mahasiswa.



Friday, January 21, 2011

realisasi varsiti


Dewasa ini, ramai daripada mahasiswa seolah-olah mandul dan ‘mandom’ (lembab) dalam bersosial. Seharusnya bagi saya, ingin melihat pembudayaan keintelektualan para mahasiswa kini seharusnya berada di tahap tertinggi. Berapa ramai graduan yang berjaya memperoleh skrol ijazah setiap tahun, tetapi sekadar membawa pulang skrol tersebut tanpa memperoleh apa-apa manfaat daripada proses memperoleh skrol tersebut.

Memetik kata-kata yang saya petik di blog ; : If I burn your degree certificate, what would you do to prove that you are a graduate? “ (“Sekiranya saya bakar sijil ijazah awak, apa yang awak boleh buktikan pada saya bahawa awak ialah seorang graduan??”)

Memetik kata-kata seorang tokoh negarawan yang hebat, Prof Ungku A. Aziz; “Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”

Apa ‘significant’-nya kita belajar ? Apa keperluan kita belajar ?? Apa ertinya kita belajar ??? Ambil masa, fikirkan. Dan luahkan dengan jujur. adakah demi wang??. Kita belajar di universiti adalah kerana ilmu tetapi kita??adekah kita inginkan ilmu atau kerjja semata-mata??atau melahirkan "robot-robot" pengikut?

Setuju ?

Anda perlu buktikan saya silap.

Dan ingat pesanan ini.

Jangan biarkan diri tenggelam dalam susunan-susunan buku.





Tuesday, January 18, 2011

Menjadi Pimpinan yang "Menjadi"

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.

Sunday, January 16, 2011

love them..






Alhamdulillah syukur padaMU ya Rabb kerana aku masih diberikan peluang olehMU untuk terus menarik sebanyak mungkin gas oksigen ciptaanMu. Meskipun diri ini sering alpa dan lalai. Dosa yang tidak terhitung banyaknya, janji taubat yang sering aku mungkiri tapi Kau tetap memberikan aku peluang kehidupan yang penuh dengan limpahan rahmatMU.


Hari ini aku berpeluang untuk pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Tidak tahu kenapa diri ini ditarik-tarik untuk pulang kerumah sejak 2 hari yang lepas. Namun atas tanggungjawab dan komitmen yang lain, aku biarkan saja. Tetapi hari ini lepas saja solat subuh, aku terus berkemas untuk pulang ke rumah. Pergerakan yang tidak dijangka. Dan dengan bantuan “kuda”ku, aku redah highway PLUS sepanjang 35km untuk pulang ke rumah. Ternyata kepulangan aku ke rumah mengejutkan ibu bapa ku tetapi disambut dengan senyuman yang sangat manis. Ahhh!!senyuman itu. Senyuman yang mampu menghilangkan keletihan aku menunggang “kuda”ku. Terus ditanya oleh abahku “ Dari mana? Dah makan ke belum??”. Hanya gelengan aku menjawabnya. Ibuku tanpa lengah menyediakan makanan untuk anaknya ini. Memang tidak dapat disembunyikan riak gembira diwajah mereka. Bahagia! Perkataan yang mampu aku ungkapkan.Terasa sangat-sangat tenang bila bersama dengan mereka.


kasih sayang hingga ke syurga



Namun dalam kebahagiaan itu, kadang-kadang aku terfikir adakah aku MAMPU untuk melakukan pada mereka dengan segala apa yang mereka telah lakukan kepadaku sepanjang hidupku. Ibuku, melahirkan diriku. Abahku, mengalunkan azan ditelingaku supaya perkataan pertama menjengah telingaku adalah nama ALLAH sang pencipta alam. Cukup sekadar 2 perkara tersebut. Tidak termasuk makan minum,perbelanjaan harian dan didikan yang mereka berikan kepada diriku. Tanpa kenal jemu melayan kerenahku yang kadang-kadang melampaui batas keadaan. Namun tidak sekali mereka menyisihkan diri ini. Persoalannya, adakah aku mampu untuk membalas segala-galanya?TIDAK. memang tidak terdaya dan mampu untuk aku membalasnya. Mana kan tidak, bila sibuk dengan tugasan harian di university, sering aku lupa akan mereka. Bila ditegur, mudah sekali aku darah muda ini naik. Satu kelemahan yang aku akui sangat sukar untuk aku atasi. Sedayaku untuk mengubahnya. Belum lagi jika aku diuji dengan kerjaya dan rumah tangga pada masa hadapan. Adakah mampu aku lakukan seperti mana mereka lakukan kepada diriku?


Tiada apa yang aku mampu berikan kepada mereka. Apa yang aku mampu janjikan ialah selagi diri ini bernafas, selagi itulah akan aku tunaikan tanggungjawabku kepada mereka. Jika ditakdirkan Allah mengambil diriku terlebih dahulu, aku harapkan doa dan didikan mereka mampu untuk melindung aku dari seksaan mungkar dan nangkir di kubur nanti. Aku sedar tanggungjawabku sangat besar kepada mereka. Seperti kata-kata Allah dalam surah Luqman ayat 14:


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”


Akhir kalam, hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup dan aku sentiasa berdoa supaya aku diberikan ruang dan pelung untuk melaksanakan sepenuh tanggungjawabku kepada mereka tanpa sebarang balasan. Insyallah. wallahualam

Thursday, January 6, 2011

Keinginanku...


Andainya aku ingin memilih pasangan, aku mahukan yang buta pada matanya, yang pekak pada telinganya, yang bisu pada lidahnya, yang cacat pada derianya, yang kudung pada tangannya, yang lumpuh pada kakinya...orang akan berkata padaku GILA!


Biar apa orang kata, biar seluruh manusia memandang jelek terhadap aku dan dia, yang penting cinta aku pada dia takkan berubah. Dan cinta kami pada Rabbi akan terus bertambah..


Yang BUTA pada matanya itu adalah yang tidak pernah teringinkan untuk melihat keseronokan dunia yang hanya mendatangkan dosa. Yang PEKAK pada telinganya adalah yang bencikan segala umpatan, hasutan, fitnah dan segala kejahatan mulut manusia menabur kata-kata. Yang CACATpada derianya adalah yang sentiasa menjauhkan dirinya dari segala sentuhan maksiat. Yang KUDUNG pada tangannya adalah yang memelihara segala anugerah tuhan padanya dari segala perkara yang keji dan dimurkai Allah. Yang LUMPUH pada kakinya adalah yang sentiasa menjaga langkahnya agar tidak menuju pada jalan daripada jalan-jalan neraka.


Ingin mendapat YANG TERBAIK, aku mestilah menjadi YANG TERBAIK . Dan sedang berusaha menjadi YANG TERBAIK.Insyallah.peace!



P/S: HIDUP MATIKU KERANA MU YA ALLAH..TIADA YANG MELEBIHI KECINTAANKU KEPADAMU.


*sekadar coretan selepas subuh

Tuesday, January 4, 2011

qasidah muhammadiyah



jom berQasidah (^_^)

more or better???


Terdapat sebuah kisah, seorang anak muda yang tinggal di kampung yang serba kekurangan dan rumah yang boleh diroboh jika ditiup angin kencang, akhirnya meninggalkan keluarganya buat sementara waktu untuk berhijrah ke bandar demi mencari rezeki. Akhirnya, dengan setiap titisan penat lelahnya, anak muda tersebut mampu mengirimkan wang saku kepada kedua ibubapanya di kampung. Semakin lama, semakin murah rezeki anak muda itu. Maka, semakin bertambahlah jumlah kiriman ke kampung. Setelah beberapa tahun diperantauan, anak muda ini kembali semula ke kampung halamannya untuk menziarah keluarganya. Alangkah terkejutnya kerana sebaik sahaja menurunkan kaki di halaman rumah, saiz rumah semakin besar tetapi KUALITI masih sama- (boleh roboh jika di tiup angin).

Cerita diatas sebagai pembuka bicara buat kita semua.
Cuba kita perhatikan betul-betul perkataan "kualiti" tersebut. Mengapa ia di "highlight" kan?

Hidup ini perlukan perubahan

Ya, memang benar, hidup ini perlukan perubahan untuk kita terus berjaya. Tetapi, ada satu elemen yang perlu kita fahami iaitu "kita perlu mengubah kualiti, bukan sekadar hanya kuantiti".

MORE tidak semestinya bermaksud BETTER. Setuju?

Tertarik dengan satu ayat di dalam buku 365 recipes that will make you THINK POSITIVE, penulis ini mengatakan bahawa, " Cosmestic improvements are meaningless; it is internal advancement we seek."...
Pembaikan itu kurang bermakna, tetapi kemajuan itu yang perlu kita kejari.


Mengapa?

Dalam Islam sendiri mengajar kita agar "jadikan dirimu pada hari ini lebih baik daripada semalam". Jika kita hanya mengejar pembaikan sahaja dalam hidup kita, kita akan menjadikan diri kita ini tidak pernah menjadi maju. Tetapi, jika kemajuan itu menjadi matlamat utama kita, insyaAllah, setiap hari dan setiap waktu, diri kita sendiri akan berusaha menjadi yang lebih baik daripada semalam. Malah, secara tidak langsung, ia memperbaiki diri kita secara AUTOMATIK.
Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

Kesimpulan

Semasa kita ingin melakukan perubahan, pastikan kita tidak menambah benda yang sama berulang kali (kuantiti) , tetapi kita perlu berusaha menambah kuantiti yang ada pada diri kita.

AYUH BERSATU BERUBAH!(^_^)v

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates