Sunday, November 14, 2010

Belajar Dari Kejatuhan Empayar Uthmaniyah: Siri 2- Faktor-Faktor Kejatuhan dan Kaitan Penaklukan Palestine


Menurut Cristopher Catherwood, seorang penulis British menulis di dalam bukunya A Brief history of The Middle East, bahawa setiap konflik yang berlaku di Timur Tengah seperti isu Palestin, perang teluk di Iraq, termasuk peperangan di Bosnia dan Kosova berpunca daripada kemusnahan Empayar Uthmaniyah.

Mengapa tidak? Bukankah terdapat hadith yang menyebut;

“We are the last but will be the foremost to enter Paradise).” The Prophet added, “He who obeys me, obeys Allah, and he who disobeys me, disobeys Allah. He who obeys the chief, obeys me, and he who disobeys the chief, disobeys me. The Imam is like a shelter for whose safety the Muslims should fight and where they should seek protection. If the Imam orders people with righteousness and rules justly, then he will be rewarded for that, and if he does the opposite, he will be responsible for that.” [Sahih Bukhari]

Maka, dengan berakhirnya khilafah atau pemerintahan islam, maka berakhirlah pembelaan terhadap umat islam itu sendiri. Malahan, umat islam masing-masing semakin tidak mempedulikan nasib saudara seagama mereka di Negara sendiri mahupun di Negara lain.

Sabda baginda lagi:

“The knots of Islam will be undone one by one until every one of them is undone, and the first one to be undone is the knot of ruling(by the Book of Allah) and the last one is the knot of prayer (Solah)” [Musnad Ahmad]

Turki ‘Uthmaniyah berada di puncak kegemilangannya hinggalah zaman pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni (1520-1566). Selepas baginda turun daripada takhtanya, Empayar ‘Uthmaniyah semakin merosot sedikit demi sedikit dek serangan-serangan musuh daripada luar dan kelemahan pemerintah sendiri.

Terdapat empat perkara, sebagai sebab-sebab kejatuhan khilafah ‘Uthmaniyah.

1)Hutang

Kerajaan ‘Uthmaniyah mula membuat pinjaman (baca: berhutang) dengan Bank Eropah sekitar pertengahan abad ke-18 untuk membiayai pembaik-pulihan stesen kereta api, kekurangan dalam pendapatan Negara, dan perbendaharaan Diraja yang mewah dan berlebih-lebihan. Pastinya, terma dan syarat pinjaman dibuat oleh orang British dan Perancis yang licik, yang konon-kononnya membantu memudahkan urusan peminjaman. Maka, kegagalan kerajaan Turki ‘Uthmaniyah membayar balik wang tersebut mengakibatkan pemilikan jajahan takluk Turki ‘Uthmaniyah beralih tangan kepada kuasa-kuasa besar Eropah.

2) Revolusi Arab 191

Bangsa Arab, terkenal dengan bangsa yang begitu bangga dengan bangsa mereka sendiri. Mereka adalah bangsa terbaik kerana ramai nabi-nabi yang lahir dari kalangan bangsa mereka. Maka, tidak hairan jika mereka tidak senang untuk berada di bawah kekuasaan ‘Uthmaniyah yang bukan dari bangsa Arab. British mengambil peluang ini untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme Arab, seterusnya menghasut supaya menuntut kemerdekaan daripada ‘Uthmaniyah. Sharif Husayn ibn ‘Ali, gabenor Saudi yang dilantik oleh ‘Uthmaniyah membuat perjanjian dengan Sir Henry Mc Mahon untuk mengadakan Revolusi. Sebagai pulangan, British menjanjikan sokongan penuh terhadap “pembebasan” ‘Arab Sa’udi daripada ‘Uthmaniyah, jaminan negara-negara di Semenanjung Tanah ‘Arab di bawah kekuasaan Sa’udi, dan subsidi, termasuk bantuan ketenteraan kepada keluarga Hasheemiyah (Hashimites). Malangnya, tanpa pengetahuan mereka, perjanjian tersebut awal-awal lagi telah terbatal dengan wujudnya perjanjian rahsia Skyes-Picot antara Perancis dan British. Akhirnya, Keluarga Hasheemiyah tidak mendapat apa-apa faedah selain daripada kemerdekaan, dan Empayar ‘Uthmaniyah yang menjadi mangsa belot semakin melumpuh.


3)Perjanjian rahsia Skyes-Picot


Perjanjian ini telah termeterai secara rahsia di antara Perancis dan British pada 16 Mei 1916, tahun yang sama berlakunya revolusi Arab, dengan jangkaan bahawa Turki ‘Uthmaniyah akan jatuh dan kalah di dalam Perang Dunia Pertama yang telah bermula sejak 1914. Dalam perjanjian ini, kawasan taklukan ‘Uthmaniyah telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian; kawasan Trans-Jordan (Jordan, selatan Iraq dan Hayfa) kepada British, Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria kepada Perancis, Istanbul, Selat Bosphorus dan Armenia kepada Rusia. Palestin pada mulanya diletakkan sebagai ‘zon Antarabangsa’, namun selepas perjanjian tersebut diumumkan, British menduduki Palestin.


4) Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama


Turki ‘Uthmaniyah telah menandatangani perjanjian dengan Jerman pada tahun 1914 sebagai proksi kepada negara tersebut untuk menentang Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Walaupun pada mulanya kemenangan berpihak kepada tentera ‘Uthmaniyah, namun selepas penyusunan semula tentera British, akhirnya British berjaya menawan Baghdad dan Jerusalem pada tahun 1917. Revolusi Arab disebutkan sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan ‘Uthmaniyah dalam peperangan tersebut. Sehubungan itu, Deklarasi Balfour 1917 telah diadakan oleh kerajaan British sebagai tanda simpati terhadap aspirasi Zionis Yahudi. Dalam deklarasi tersebut, kerajaan British menyatakan perancangan mereka untuk menjadikan Palestin sebagai ‘national home’ bagi bangsa Yahudi.

Dengan itu, pendudukan Palestin oleh Yahudi pun bermula…dan aku sangat tertarik dengan KETEGASAN Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) kepada Theodor Herzl yang ingin membeli Palestin daripada ‘Uthmaniyah yang TIADA dalam diri PIMPINAN sekarang.

Katanya;

“Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianyabukan milik saya, tetapi milik rakyat saya . Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka bolehmengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkanianya berlaku atas sebab apapun”

Lihatlah bagaimana ketegasan Sultan Abdul Hamid II mempertahankan Palestine, yang TIADA dalam diri PEMIMPIN islam sekarang yang hanya menjadi KUDA tunggangan barat. Selama ini kita hanya melihat manisnya kegemilangan Islam di mata dunia. Kita terlupa untuk meninjau sejarah pahit, akibat kepincangan umat Islam sendiri.

Mari kita fikir-fikirkan....

“BERAMAL KERANA ALLAH”

1 comments:

Unknown said...

kejatuhan ini berlaku kerana umat islam sudah lupa pada ALLAH dan mempunyai penyakit 'wahan'cinta pd dunia takut pada mati.so kalau nak naik sumula kita kena kembali kepada ajaran islam yg sebenar iaitu alquran n sunah rasul saw.jika kita mengimbau kembali sejaran penyebaran islam,nabi muhammad x terus melakukan penubuhan kerajaan atau revolusi utk menjatuhkan pihak kafir quraish tetapi selama 13 tahun baginda hanya quran n mengajar pengikutnya menyebut n memahami kalimah 'la ila ha illa allah' tiada tuhan melainkan ALLAH.secara beransur selepas 13tahun melakukan dakwah la ila ha illa allah nabi diperintahkan berhijrah kemudian baru dia di perintahkan utk berperak utk menegakkan agama la illa ha illa allah.so disini kita boleh membuat satu kerumusan jika nak mendikan semula negara islam bet khalifah yg mengikut sunah n quran kita umat islam perlu kembali kepada ajaran islam yg sebenar bukan setakat ikut ustaz, tok imam,tok kafi,tok lebai atau sesiapa pun.maksud saya jika imam atau ustaz menetang sesuatu perkarA dia mesti sertakan bukti drp surah @ hafith mana no yg keberapa dia dapat so kita boleh cek sendiri. insyaallah jika berteraskan alquran n sunah 100% negara isla berkhalifah dapat diwujudkan..wassalam

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates