Tuesday, November 9, 2010

Belajar Dari Kejatuhan Empayar Uthmaniyah: Siri 1- Krononologi kejatuhan


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah..Syukurku padaMu Ya Allah. Hari ini ingin aku kongsikan kisah yang teguh dalam igatan umat islam kala ini, bagaimana pada tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.


Sahabat-sahabat, kita sering disinergikan dengan kehebatan empayar uthmaniyah,tapi adakah kita mengambil iktabar daripada punca keruntuhan empayar uthmaniyah itu sendiri. Kita mahukan Daulah Islamiyah, tapi munafik-munafik seperti Kamal Attartuk laknatullah masih lagi disekeliling kita. Jika kita lihat bagaimana permulaan kejatuhan empayar islam ini bermula dengan pemerintahan yang lemah dan jauh dari syariat Allah. Berpunca dengan kelemahan pemerintah, barat dengan mudah ‘mencanai’ dan memperbodohkan pemerintah kala itu. Perkara ini berlaku ketika ini sahabat-sahabat sekalian. Kita harus sedar apabila pemerintahan yang jauh dari syariat Allah, musuh islam mudah untuk memperkotak-katikkan kita.

Untuk siri pertama entry ini,ingin aku kongsikan kronologi detik kejatuhan empayar Uthmaniyah untuk perkongsian dan peringatan kita bersama. Ingin aku ingatkan pada diri ini dan sahabat-sahabat pejuang agama Allah sekalian, yakinlah dengan janji Allah seperti dalam kitabNya:


" Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang " – Al Maidah : 56



Kronologi kejatuhan Empayar Uthmaniyah:


1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.


1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.



1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.


1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.


1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.


1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.


1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.


1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.


1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.


1526M- Perang Mohacs


1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.


1571M- Perang Lepanto berlaku.


1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV


1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.


1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.


1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.


1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.


1792M- Perjanjian Jassy.


1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".


1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.


1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.


1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.


1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.


1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tenteraan laut Uthmaniyyah di Navarino.


1829M- Perjanjian Adrianople.


1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.


1841M- Konvensyen Selat.


1853M- Bermulanya Perang Krimea.


1856M- Berakhirnya Perang Krimea.


1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.


1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.


1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.


1912M- Perang Balkan pertama.


1913M- Perang Balkan kedua.


1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.


1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.


1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.


1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates