Thursday, September 30, 2010

Masak Lomak Cili Padi - Kenangan Kembali Menggamit



Fuh.. terkenang hidup aku tika zaman persekolahan di kampungku, apatah lagi jika dekat dengan bendang, kalau setakat ikan keli, haruan tu apalah sangatkan. Sungai dan lubuk2 menjadi menjadi tempat singgah aku bersama teman2 tatkala menunggu sahabat2 lain untuk bermain bola setiap petang. Rutinku tika sekolah rendah, habis sekolah, pergi belajar Al-Quran dengan sorang atuk yang sangat3 garang dan selepas tu bermain bola di kawasan sawah berhampiran rumahku. Sebelum bermain bola, selalunya sempat aku bersama beberapa orang rakan2ku pergi menangguk ikan di sungai dan lubuk2 disitu. Kalau orang N9 kami panggil "mengocha".Unik sikit bahasa nya. Abis tempat2 berkubang kerbau dan kolam ikan orang kami bedal. Dikejar kerbau dan tuan punya kolam menjadi perkara biasa bagi kami. haish nakal sungguh. Selalu juga lepas balik dari"mengocha", tengok penuh dengan lumpur, memang kena libas lah dengan Abah kesayanganku. Apa lagi lari pusing keliling rumah la aku. Pabila terkenang kembali,rindu aku pada zaman "kenakalan" aku satu tika dahulu.Semuanya jadi mainan kehidupan zaman kanak-kanak =)

Tak sah orang kampung cakap kalau tak pekena gulai lemak cili api ikan keli ni lagi2 orang N9. Tiba-tiba entry kali ini aku ingin berkongsi cara memasak gulai lemak cili api ikan keli ni walaupun diri sendiri tidak reti masak.haha...

Untuk anda yang belum pernah mencubanya, silakanlah.

Bahan-Bahan

  • 1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
  • 1 biji kelapa - asingkan pati
  • 15 - 25 biji cili padi
  • 2 sisir pisang muda (sederhana besar)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci kunyit
  • Limau kasturi
  • Garam secukup rasa

Cara Masakan

01.Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.

02.Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.

02.Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair dan kacau, jangan bagi pecah minyak.

03.Masukkan garam dan setelah ikan masak masukkan pati santan.

04.Tutupkan api, perahkan limau dan olehlah dihidangkan.



selamat mencubo..kesodapan hinggo mejilat jari..jangan lupo baco bismillah sebelum makan (^_^)v

Tuesday, September 28, 2010

ubatilah dirimu dengan solat




Allah SWT telah memerintahkan kita sebagai umat Islam di atas muka bumi ini dengan melakukan solat 5 kali sehari. Kta telah diajar oleh Rasulullah SAW mengenai cara menunaikan solat dengan sempurna. Kita semua sudah sedia maklum bahawa, solat itu adalah tiang agama. Gagalnya kita untuk menunaikan solat, maka gagallah kita dalam menjaga agama kita di dunia ini.

Berubatlah dengan melakukan solat. MENGAPA?

Selain daripada kita melakukan solat kerana perintah Allah, namun dengan melakukan solat, terkandung beribu hikmah yang datang tanpa kita sedari. Dengan solat, jiwa kita dilatih agar menjadi lebih tenang, baik di waktu malam mahupun siang.

Sesiapa yang mahukan hatinya lari daripada perasaan cemas, gemuruh, takut kepada perkara yang ditakuti, dan pelbagai gangguan jiwa, maka bersolatlah kerana solat itu mampu menundukkan hati yang ego, sombong, bongkak, kedekut dan sebagainya.

Sesiapa yang mahukan dirinya menjadi lebih bersemangat, meningkatkan kekuatan hati bagi menghadapi permasalahan dan kesulitan, maka bersolatlah keranan dengan solat itu, insyaAllah Allah memberikan kamu hidayah dan dipermudahkan segala urusan.

Sesiapa yang mahukan menenangkan semula urat-urat saraf, meredakan dan menyembuhkan penyakit didalam badan maka bersolatlah kerana solat itu mampu mengubatinya serta memberi manfaat kepada kebanyakkan penyakit yang berpunca daripada penyakit perut.

Telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, " Rasulullah SAW telah melihatku ketika aku sedang berbaring kerana sakit perut, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: " wahai Abu Hurairah, apakah kamu berasa sakit perut? Aku menjawab: "Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, Bangkitlah dan kerjakanlah solat kerana dalam solat itu terkandung juga suatu rawatan yang sangat berkesan."


Sesiapa yang mahukan menyerikan wajahnya, menolak kezaliman yang menimpa dirinya, dimurahkan rezeki, mencegah penyakit syawat dan nafsu, maka bersolatlah kerana ia mampu memberi manfaat kepadamu.

Sesiapa yang hendak berubat daripada kelesuan, kebodohan, kemalasan dan kelemahan, hendaklah berubat dengan mengerjakan solat.

Sesungguhnya, solat itu merupakan ubat yang mujarab bagi segala penyakit rohani dan jasmani. Apabila seseorang itu telah mendirikan solat, sebenarnya ia telahpun melindungi dirinya daripada pelbagai penyakit.
Ketahuilah, tiada satupun perintah dan ciptaan Allah yang sia-sia. Ia penuh dengan hikmah yang tersembunyi.

Tekunlah dengan melakukan solat, insyaAllah diri anda sentiasa menjadi lebih bersemangat.

p/s: rahsia kekuatan yang sebenarnya bagi orang-orang yang berjaya ialah dengan solat yang khusyuk. Motivasi yang paling mujarab ialah dengan mengerjakan solat

Friday, September 24, 2010

kebenaran sentiasa mengatasi kebatilan

Lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang dituduh berhubung kes "bini puaka" hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Rozana Ali Yusoff memutuskan tiada prima facie dalam kes tersebut dan mengarahkan kesemua mereka yang dituduh dibebaskan.

Mereka adalah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak ia bermula Julai tahun lalu.

Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan “Himpunan Bebaskan Mahasiswa” di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menyambut keputusan itu dengan penuh syukur terhadap pembebasan rakan mereka.

"SMM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak mahkamah dan peguam-peguam kerana melaksanakan perbicaraan kes ini dengan adil dan saksama.

"Kes ini menunjukkan gambaran yang jelas bahawa kelima-lima mangsa puaka ini ini dituduh dan dikhianati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mematikan gerakan mahasiswa," kata Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman.

TAKBIR!!

Thursday, September 23, 2010

"Lelaki acuan al-Quran"..want to be like it


Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"

Ya Allah,jadikanlah aku seorang lelaki yang beracuankan al-Quran dan sentiasa tunduk dan patuh padaMU..amin

Wednesday, September 22, 2010

Jangan bertawakal pada matamu....

Alhamdulillah. Sahabat-sahabat, ayuhlah kita berimanlah kita kepadaNya,nescaya kita akan merasa tenang dalam berusaha melakukan pekerjaan kita. Walau kuasa daya kita amat terbatas, tapi percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah. Kerana itulah, usahlah kita berasa risau tentang setiap kesudahan yang bakal berlaku dalam hidup kita. Bertawakallah kepada Allah dalam setiap usaha yang kita lakukan dan mempercayai 100% sepenuhnya setiap kesudahan kepada Allah dan BUKAN pada usaha dan kemampuan kita sendiri. Disini ingin saya kongsikan sebuah kisah tentang apa yang saya perkatakan tadi...

Di mesir, ada sebuah pemuda bernama Abbas Asisi. Dia bergabung dengan organisasi Ikhwanul Muslimin. Suatu hari, dia menziarahi Syeikh Hasan Al-Banna. Sedang mereka berbincang, Abbas Asisi menyatakan rancangannya lalu Al Banna berkata," mengapa kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan.?"

"saya mempunyai masalah dengan mata dan saya rasasaya tidak boleh lulus dalam ujian menembak,"

"tidak apa, bertawakallah kepada Allah," kata Sheikh Al-Banna.

"Bagaimana saya akan bertawakal pada Allah sedangkan saya mengetahui ada masalah dengan mata saya,?"

"Justeru itu, bertawakallah kepada Allah. kalau matamu sihat, mungkin kamu akab bertawakal pada matamu."

Abbas Asisi mengikuti saranan Al Banna. Dia memohon untuk memasuki bidang ketenteraan. Di saat beliau menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Tapi dia ingat pesanan gurunya itu. Maka beliau pun berusaha gigih dan menyerahkan kesudahannya pada Allah.
Ternyata, beliau lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak tersebut.

Terdapat 1 pengajaran penting dalam cerita diatas. Syeikh Al Banna mengingatkan Abbas Alisi bahawa jika matanya sihat, mungkin dia akan bertawakal pada matanya dan bukannya pada Allah.

Namun, itulah yang sering terjadi pada manusia sekarang. Kita lebih mengagungkan kebolehan dan keupayaan kita dalam melakukan sesuatu. Kita lupa bahawa pada hakikatnya, Allah lah yang menentukan segala yang berlaku dalam kehidupan didunia ini.

Nasihat Al Banna menyedarkan kita bahawa terhadnya kemampuan kita tetapi sama sekali tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk kita berjaya. Kita perlu untuk berusaha dan menyerahkan segala kesudahan kepada Allah.

Bertawakal kepada Allah ketika beramal pasti membuatkan jiwa anda berasa lebih tenang

Bertawakallah kepada Allah, pasti kesudahannya membuat wajah anda mengukir senyuman. :- )

Tuesday, September 21, 2010

spe nk kaya,jom pose..


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :

"Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun". (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

oleh itu sahabat-sahabat, ayuh kita puasa enam (^_^)

Sunday, September 19, 2010

JOm jOin akTiviti k0Lej..

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

ayuh join aktiviti kolej (^_^)

Saturday, September 11, 2010

Aku dilahirkan untuk mati......

alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah masih melanjutkan kontrak nyawaku untuk menyambung pengembaraan hari rayaku di rumah saudara mara..cuma yang agak specialnya hari ini aku menyambut hari lahirku sekali..tiada ape yang menarik ingin aku coretkan,cuma ucapan terima kasih atas ucapan-ucapan selamat dan doa kiriman keluarga dan sahabat-sahabat buatku..hari ini rasa tidak bersemangat..tidak beberapa sihat semenjak dua menjak ni..maklumlah umur semakin tua..mungkin dh sampai waktu kowt..huhu..Allah yang maha mengetahui..jika angka 21 ini menjadi angka terakhir dalam hidupku, moga sahabat-sahabat doakan yang terbaik untukku..titipkanlah namaku dalam doa kalian supaya hidupku selamat dunia dan akhirat..amin..hanya doa ini mampu aku kongsikan untuk kita semua...selamat menyambut hari tuamu Muhammad Harith Abdul Kadir.......

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,Rehatku adalah rantaian zikir,Rantai yang ku kalungkan pada leherku,Sebagai tanda cintaku pada Mu,Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,Mencari haruman Syurga ciptaanMu,Tempat rehat dan nikmmat abadi.....

Friday, September 10, 2010

My eidulfitri...

Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah kerana masih memberikan aku kesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga yang tercinta..seronok dan meriah, perkataan yang boleh diungkapkan tatkala berakhirnya pengembaraan kami beraya die rumah saudara mara..tema kami tahun ini coklat..aku lebih prefer hijau sebenarnya..tapi takpelah bab2 baju raya ni aku serahkan je pada mak dan kakakku saja..mereka lebih arif..apabila sudah lama tidak berjumpa,maka banyaklah perkara yang ingin dikongsikan..walaupun tahun ini kami beraya tanpa abangku, suasananya tetap meriah walaupun ade kekurangannya..maklumlah mak dan abah mesti mahu semua anak-anaknya berada disisi..tetapi tidak mengapalah, hanya doa hanya mampu kami utuskan kepadanya semoga dia selamat dan sentiasa dilindungi oleh Allah..amin..hari ini makan lebih banyak dari biasa walaupun ramai yang mengatakan "eh, harith dah makin kurus..nampak cengkung"..tak tahu lah..aku rasa makan banyak je..bak kata kakakku "banyak makan hati kot..hahaha"..tapi kek coklat memang sedap(^o^)..kredit untuk kakak sedaraku..apa-apa pun, aku tetap gembira dan bersyukur dapat bersama beraya bersama dengan keluarga tercinta..esok pengembaraan akan bersambung...


family(without my bro)



aku seorang driver



gaya lepas kenyang makan


sume masuk air


cousin baru..comei cam aku (^_^)v


kek coklat sedap!


Tuesday, September 7, 2010

Kematian yang sentiasa mengejar kita.Bersediakah kita??


Subuh yang tenang...Alhamdulillah syukurku padaMu ya Allah..aku masih diberikan kesempatan olehMu untuk melihat dunia ini kembali dari “kematian” yang sementara..ya kematian!..perkara yang sering bermain-main di benak fikiranku akhir2 ini...usai solat subuh td pun,di atas motor perkara ini ligat berpusing di minda student Faculty kejuruteraan ini yang bajet kritikal..apakah pengakhiran hidupku??bilakah pengakhiran hidupku???bagaimanakah pengakhiran hidupku??? Dan adakah aku telah bersedia??? persoalan2 yang ligat memutarkan fikiranku...


Dikala dosa yang dilakukan setiap hari..kemungkaranku kepadaMu ya Allah..adakah aku mampu mencapai huznulkhatimah???atau su’ulkhatimah pengakhiranku???semoga Kau berikan yang terbaik untuk diriku,keluargaku, sahabat-sahabatku dan seluruh umat islam di dunia ini..amin....aku tertarik pada penulisan yang bertajuk “Aku telah dikhitbah.Bahagiakah aku???” dari blog salah seorang sahabatku..pabila telah dikhitbah, pasti kita akan bahagia..tetapi bagaimana pula kalau telah dikhitbah oleh malaikat maut?? Bahagiakah aku menjawab soalan-soalan “romantic” Mungkar dan Nangkir di dalam peraduanku???dengan keadaan amalku kitika ini,jauh sekali aku mampu menghadapinya..Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini, jangan Kau palingkan hati ini dariMU, pandanglah kami dengan pandangan rahmatMU, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung seksaan api nerakaMU, ampunkanlah kami!


" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "

- Surah Ali Imran (3): 185



Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates