Tuesday, May 11, 2010

Jangan Membenci.....






setiap manusia yang dilahirkan, pasti kesilapan akan dilakukan kecuali para nabi dan rasul.
Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat.

Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak. Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan.
Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkah laku mereka..

Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan..
Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus.
Anda setuju?

Sebagai contoh:
Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Dimana letaknya cara islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah?

Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi si B menjadi lagi jauh dariNya.
Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun.

Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain.

Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya.

Sayang dan ubah peribadi. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula..=)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates