Wednesday, December 9, 2009

Saye suke tomato!


Tetiba jemari ini ingin mencoret kan sesuatu selepas makan mlm bersama familyku…dan perkara yang ingin ditulis agk pelik..iaitu pasal TOMATO..knpe sye suke tomato??knpe sye suke tomato!!!(pehal aku nh!)…sbnarnyer aku br lpas mkn tomato tym dinner td..mmg favorite poit!..buah yg diketegorikan sebagai sayoq ini melimpah dgn khasiat penting yg mungkin diketahui atau tidak..disini aku akan berkongsi sedikit tentang sayoq favorite den nh ha..

Bende-bende yang terdapat dalam tomato:

LIKOPENA => yang memberikan warna merah pada tomato. Semakin merah tomato semakin byk kandungan likopena(hipotesis lak!). likopena ialah sejenis antioksidan yg sgt berkuasa yg didapati boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.oleh itu spe2 yang byk smoking tu,byk2 la mkn tomato ye(terase jap..)

VITAMIN C => bertindak sebagai antioksidan yg boleh menurukan tekanan darah(P=pgh..dalam equation nh kalau density, p gula turun,maka P akan turun juga kerana P berkadar langsung dengan density, p..btol la kowt..) dan menurunkan paras kolestrol. Bende Allah nh juga mmbantu mmbentuk tisu penghubung,mnjaga kesihatan kapilari dan gusi.

VITAMIN A => membantu dalam pembentukan kulit, rambut dan membrane yang sihat. Ia juga membantu dalam kesihatan mata,pembentukan tulang dan gigi serta reproduksi(hehe..penting2!)

VITAMIN K => dapat mengekalkan pembekuan darah yang dapat membantu menghalang pendarahan terutama yang sukar dikawal.

POTASIUM=> mineral penting yang membantu melancarkan tekanan darah dan kontraksi otot. Ia juga dapat mengurangkan risiko pembentukan batu karang di dalam buah pinggang dan risiko kehilangan ketumpatan tulang(p=m/V)

FIBER DIET=> bahagian tomato yang tidak boleh hadam boleh membantu mengurangkan masalah sembelit(sesuai spe yg kuat minom tea tarik ea..)

Selain daripada itu, tomato juga mempunyai khasiat2 nyer..

BAIK UNTUK KENCING MANIS

Kandungan karbihidrat dlm tomato sgt rendah dan sgt baik utk pesakit diabetes. Tomato juga dikatakan sgt berkesan dalam mengawal peratusan gula dalam air kencing pesakit diabetes.


BAIK UNTUK MATA

Baik utk kesihatan mata terutama yg rabun malam dan rabun jauh serta penyakit2 mata yang lain(tp aku pkai spec gak..kompuis!)daun tomato pula berguna utk merawat saraf optic dan lemah mata.


BAIK UNTUK OBESITI

Yang nh kompem korang suke especially perempuan..hihihi..cara nya adalah dgn mkn 1 atau 2 biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama dua bulan.ia dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan...lpas nh kompem tomato abis kt café or pasar..huhu


BAIK UNTUK GANGGUAN USUS DAN HATI

Caranya minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dgn secubit garam dan lada sulah dan diminum awal pagi. Petua berkesan untuk kurangkan mabuk wanita mengandung(ooo….),merawat masalah berkaitan hempedu dan hati, merawat masalahpenghadaman,angin dalam usus dan sembelit.


BAGUS UNTUK IBU YANG MENYUSU

Memakan produk yang berasaskan tomato boleh meningkatkan kandungan likopena dalam susu ibu dan secara langsung ia baik untuk kesihatan baby itu sendiri.



oleh itu sahabat2 sekalian, marilah kita makan tomato…kalau nk tgok article yang sebenar boleh la tgok kat majalah ANIS page 112…selamat mencuba!

“kepadanya kita datang, kepadanya kita kembali”

Wallahualam……….

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates