Tuesday, September 29, 2009
Keluhan seorang lelaki untuk wanita......
Wednesday, September 23, 2009
teka teki.....
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
....RENUNG-RENUNGKAN.....
Friday, September 18, 2009
Saturday, September 12, 2009
Syahidah Seorang Muslimah....
Kita sedih bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi kita sedih, kerana pada saat yang sama berlangsung pengebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.
Tapi berita ini sama sekali tidak kita lihat di kaca TV atau dada akhbar kita, negara yang majoriti penduduknya Muslim, bahkan mungkin tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini. Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirehatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi pemergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi pemergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslimah.
Marwa Al-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia kehilangan nyawanya. Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman di saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya kerana ia mengenakan jilbab.
Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah yang berasal dari Mesir itu. Di persidangan itulah Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya telah terkena tembakan pihak berkuasa keamanan mahkamah yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.
Peristiwa ini sepi dari sebarang liputan di media massa Jerman dan mungkin juga di media massa asing dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.
Itulah sebabnya mengapa di media massa kita cuma sibuk dengan berita pengebumian Michael Jackson. Tidak ada berita pengebumian Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat gelaran “Pahlawan Jilbab”. Tidak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tidak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya.
Tapi tidak mengapa Marwa Al-Sharbini, kerana engkau akan mendapat tempat yang paling mulia di sisi ALLAH SWT, seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli.TAKBIR!!!
dipetik dari http://ismaweb.net