Tuesday, January 20, 2009

PRK UKM 2009

Pada tanggal 15 January 2009,telah berlaku satu proses demokrasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tarikh tersebut pilihan raya kampus(PRK) telah berjalan. Bermula dengan penaman calon seminggu sebelum tarikh mengundi dan tempoh berkempen selama seminggu.

            Pada keseluruhannya, PRK pada kali ini berlangsung dengan aman tanpa berlakunya kejadian-kejadian yang  tidak diingini. Sepanjang  tempoh berkempen,calon-calon yg bertanding tidak kira di pihak Aspirasi mahupun GMUKM pada peringkat umum dan fakulti,telah menyusun strategi untuk memancing undi daripada mahasiswa dan mahasiswi yang berada di kampus UKM Bangi mahupun kampus di Kuala Lumpur.

            Mereka mula mngadakan kempen di kolej-kolej,fakulti-fakulti,menampal poster dan banner untuk menyampaikn manifesto mereka untuk meraih undi daripada pelajar UKM. Namun disebalik kesibukan mereka berkempen, berlaku sesuatu  perkara yang tidak sepatutnya berlaku di Negara yang demokrasi ini dimana calon-calon daripada Pro-Mahasiswa tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej untuk berkempen tetapi perkara tersebut dibenarkan untuk calon-calon Aspirasi. Bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki kolej-kolej kediaman,tetapi meraka juga telah diusir.Disini jelas kita lihat ketidakadilan yang telah dilakukan oleh pengurusan kolej yang hanya memberikan ‘lampu hijau’kepada calon-calon Aspirasi sahaja. Bagi saya  perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan kolej adalah kawasan umum dimana semua pihak dibenarkan untuk berkempen. Adakah pihak Aspirasi takut akan kekalahan???atau mereka tidak mempunyai keyakinan diri untuk memenangi PRK pada kali ini??? Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

Saya bukan ingin menyebelahi sebelah pihak sahaja, cuma mahukan PRK pada kali ini berlangsung dengan adil dan saksama. Manakala pada pihak Pro-Mahasiswa pula, saya lihat mereka berusaha keras untuk memenangi PRK pada kali ini. Namun begitu, kadangkala cara mereka adakalanya tidak sesuai dengan niat mereka. Kita mestilah ingat bahawa niat tidak menghalalkan cara. Kita kena pastikan nawaitu kita ini semua kerana Allah. Jangan kita gunakan perjuangan atas dasar islam untuk mencapai matlamat peribadi kita sendiri.

Kesimpulannya, bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang adil,amanah, dan bijaksana tanpa ilmu yang cukup didada. Semua orang boleh bercakap dan berhujah tentang perjuangan masing-masing. Tanpa ilmu dunia dan ilmu akhirat, janganlah kita mendabik dada bahawa kitalah yang terbaik. Sesungguhnya pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang tidak mencari kesalahan orang lain tetapi mecari kesilapan pada diri dan mencari penyelesaian bagi kesilapan tersebut. Wallahualam.  

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates